Posts

Kisah sedih kawanku.

Hr ni 2.8.2017, aku menerima perkabaran buruk dr kawanku berkenaan kwnku yg sorang lg. Kwnku itu telah dicerai oleh suaminya setelah hampir 5 thn berumahtangga, ya Allah bantulah kwnku itu, beri ketenangan pdnya. Kwnku itu merupakan isteri kedua kpd seorang lelaki yg juga aku kenali...Takku sangka mrk suami isteri. Kabar duka ini terjadi setelah isteri pertama dpt mancium berita yg dia telah bermadu. Diserangnya kwnku dipejabat yg bersebelahan dgn pejabat suaminya. Setelah hampir 2 minggu perkara tersebut berlaku, hr ini kwnku menerima takdirnya bercerai tanpa rela... terpaksa kerana ugutan bunuh yg diterima dari isteri pertama. Ya Allah...Kesian kwnku. Aku ckp pd kwn baikku yg menyampaikan berita itu... Kak Amy ckp la pd Ros, bykkan berdoa terus sujud pd Ilahi, minta kekuatan pd nya... airmataku masih mengalir saat ini mengenangkan kwn aku itu... kasihan dia. Ya Allah...

Catatan duka

    Dalam catatan yang lepas, saya amat teruja berjumpa semula rakan2 semasa kecil saya...gembira amat2 gembira..syukur padaMu Ya Rabb. Namun kegembiraan itu kami dikabarkan berita duka sahabat kami Sharidatun yg saya nukilkan namanya dlm posting tersebut...yg akan menerima menantu tunggal. Sahabat saya itu memang diketahui ada penyakit tapi tak sangka penyakitnya begitu serius.... wasap personal saya padanya diberitakan dari ujian yang dia jalani telah menunjukkan tulangtemulang semakin patah sedikit demi sedikit...Allahuakbar, menangis saya membaca tulisannya itu...bagi saya begitu besar ujian dari Allah untuknya. Tapi kawan saya itu tampak sentiasa ceria. Dari bacaan, dari ustaz yang saya baca dan dengar...Allah memberikan ujian setiap hambanya mengikut kekuatan insan itu, sahabat saya termasuk dlm hamba pilihan Allah, yang insyaAllah mendapat ganjaran yang besar di akhirat nanti. Sharidatun...saya sentiasa doakan semoga kamu diberi kesembuhan oleh Allah swt. ...

PoLItIk....pOliTik..POLITIK

Sehari dua nih..eh2.. bukan dh berbulan-bulan, politik Malaysia ni makin panas..makin panas, pada saya le kut sbb kecenderungan saya mengikuti perjalanan politik Malaysia, sementelah pulak boleh dikatakan semua adik beradik saya minat berbicara pasal politik, tapi takder pun yang jadi Ketua Cawangan apatah lagi YB..haha.... Dalam group wasap keluarga kami bila ada isu, dlm tu lah berbahasnya, almaklum duduk jauh2...bila sesekali berjumpa..oiii macam2..seronok.. takder rahsia kau sokong sapa kau pangkah sape...tiada istilah undi itu rahsia, demokrasi kan. Tapi ingatlah sebagai makhluk yang bergelar manusia kita akan dipersoalkan setiap yang kita buat di dunia ini di akhirat nanti, ada pembalasan nya... Kecenderungan saya adalah pada parti yang berteraskan Islam, dulu tak perlu fikir panjang untuk pangkah sape....andaikata parlimen dibubarkan tahun ni saya dah boleh buat pilihan sape nk saya pangkahkan...BN mmg tiada dalam senarai...huhu..sorry... ☺ , yang jadi masalah sekarang ni ...

Ingatan buat teman-teman

Tanggal 30 April 2017 merupakan hari yang bahagia untuk seorang teman, kawan dan sahabat sewaktu kecil saya, Sharidatun yang menerima menantu.....satu2nya menantu kerana anaknya tunggal, semoga kebahagiaan akan melingkari kehidupan anakmu kawanku, doakan yang terbaik untuk mereka dari dunia hingga akhirat. Begitu lah pusingan hidup kita sebagai manusia, dulu kita anak kecil kepada kedua orang tua kita, kemudian menginjak dewasa bertemu jodoh masing2...alhamdulillah, dikurniakan cahaya mata...syukur kepadaMu Ya Rabb, terasa sempurna kehidupan. Dalam kegembiraan terselit jua kesedihan, Ya Allah anakku telah menemui kehidupannya sendiri...seperti saya...menghitung hari demi hari, Ya Allah lambatkan lah perjalanan masa ini, biar anakku kekal bersamaku lagi...tapi mustahilkan???? Anak saya yang sulung sudah 20 tahun, tinggi cita-citanya ingin melanjut pelajaran ke Universiti Madinah, dalam helaan nafas berbaur harapan dan kesedihan...makbulkan segala impiannya Ya Allah. Hidup k...

Catatan rindu

Agak terlalu lama tidak menulis di blog ni, mungkin terlalu sibuk atau sengaja menyibukkan diri. Kali ini saya ingin dedikasikan coretan ini untuk semua adikberadik yang AMAT saya sayangi dan sentiasa dirindui. Utk makluman saya mempunyai 13 orang adik beradik yg mana 6 darinya adalah berlainan ibu. Abang saya yang sulung Abg Leh, Kak Minah dan Abg Kar, seibu sebapa, Abg Nawi tunggal dari isteri ke 2 ayah saya yg mana diberitahu ibunya meninggal sewaktu melahirkan nya, wallahuaklam....Yang dan kak Imin dari 2 beradik seibu sebapa, dan saya 7 beradik dari mak yang terakhir, ibu2 kami bukan bermadu....... tapi alhamdulillah kami semua adalah satu keluarga... Abang saya, abg Kar telah mengadap Ilahi lebih dahulu dari abang kami yg sulung, baru2 ini abg Nawi juga telah menemui penciptanya pada 13 Ogos 2016....ya Allah...saya amat terkilan sampai ke saat coretan ini ditulis, kerana tidak pergi berhariraya ke rumahnya pada Aidilfitri yg lalu...7/7/2016, saya bercadang nk pergi pad...
  Sambungan dari catatan  banjir tadi, inilah pertama kali saya merasai pengalaman banjir, terpaksa berpindah meninggalkan rumah. Petang 23 Dis 2014, kawan yang tinggal di Pendek, 1 km dari rumah telefon memaklumkan air sudah melintas jalan dirumahnya, pesannya beli lilin takut tak de elektrik...ada dh standby, saya jawab. Tak terdetik, terfikir di dalam hati yang air tesebut akan memenuhi seluruh kampung, Ya Allah....   Cik (mak) balik dari kedai runcit beritahu air sungai dh masuk dlm longkang depan kedai Mat Din, masa tu jugak tak terfikir itu penanda musibah yang akan melanda, Ya Allah...kerdilnya aku....       Keesokan hari, dalam rumah air sudah setakat betis, kebetulan cuti sekolah, adik2 saya bersama keluarga balik bercuti, rumah kami penuh dengan budak2, Ya Allah... kakak saya yang berada di Pasir Hor dtg utk mengambil anak2 kami utk dibawa ke rumahnya, kawasan rumahnya agak tinggi, keretanya diletakkan nunnnn........... 1km jauhnya, jalan...

Kenangan Masih Tersisa

  Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2015, masih saya ingat lagi pada tarikh ini pada 2014, saya bersama seluruh ahli keluarga bertungkuslumus membersihkan rumah akibat banjir yang melanda negeri Kelantan, yg hampir melumpuhkan.....   Saya masih ingat air memenuhi perkarangan rumah pada malam 24 Disember 2014, tersedar pada pukul 3 pagi, jiran yg dtg kejutkan suruh alihkan kereta, ya Allah.... Kalau boleh tak mahu ingat lagi peristiwa itu, trauma jadinya. Setahun berlalu, alhamdulillah..........

BERPISAH JUA......

Walaupun hampir sebulan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah, (masa atikel ini ditulis) kesedihan masih tetap bersarang di hati. Semalam di saluran Oasis...Salam Muslim tribute khas utk TGNA, airmata mengalir...ohhh..peritnya menahan rindu pada beliau, memang beliau bukan sesiapa dengan saya, tapi saya pernah berada dibawah pemerintahannya 22hb Oktober 1990 hingga 6hb. Mei 2013. Masih terbayang lagi betapa gembiranya kami para pekerja di MYJ Plastik di Pengkalan Chepa mendapat khabar gembira Pas bersama Semangat 46 yang pada masa itu bergabung menjadi Angkatan Perpaduan Ummah telah menyapu bersih kerusi DUN Negeri Kelantan. Masih ingat lagi......abang Din (kini arwah semoga Allah mencucuri rahmat atasnya), saya masa tu di blok 1, dia di blok 2, Zahhhhh........laungnya kuat, masa tu hampir pukul 12.00 tengah malam...bakpo??? Kito mene dh........ Alhamdulillah.... Guo Muse gano???.....masa tu keputusan untuk Parlimen Gua Musang saja yang belum diketahui yang akhi...
Hariraya Aidil Adha baru saja kita sambut, semoga jemaah haji di Tanah Suci yang akan kembali ke tanah air akan mendapat haji yang mabrur. Pada hariraya baru ni saya dan suami tak buat korban, cuma adik saya buat akikah untuk anaknya. Sekarang ni kita sudah berada di tahun2 akhir 2012 dan akan menyambut tahun baru hijrah yakni awal Muharram pada minggu depan, apakah persiapan kita menjelang bertambahnya umur yang akan semakin memendekkan kehidupan kita di dunia ini. Bila bercakap tentang bab kehidupan yang kita tidak tahu di manakah penghujungnya, kadang2 boleh menimbulkan bermacam2 rasa didalam jiwa .... sedih, takut, gembira bercampur aduk tapi yang teratas mestilah kesedihan yg tak mungkin dapat dibendung sekiranya berlaku kematian insan yang terdekat dengan kita..namun apa jua kita perlu redha dan berdoa semoga yang terbaik menjadi milik kita. Baru2 ni anak saya Muhammad yang belajar di Maahad Darul Anuar, sekolah kepunyaan anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, cakap ...

Catatan waktu terluang

Agak lama benar saya tak buka blog saya... entah kenapa rasa malas menempel dalam diri, mungkin keletihan dan kepenatan membataskan pemikiran, hey...tapi saya baru 44 thn. Saya ingat bila bila dah berhenti kerja, saya akan mempunyai masa senggang yang banyak, rupa2nya saya silap...kadang2 masa begitu cepat mengejar kita sehingga saya rasa seperti mahu tersungkur. Sekarang kita berada di bulan Oktober 2012, hampir ke penghujung tahun, apakan matlamat kita yg ingin digapai dan dicapai pd tahun ini telah berada di dalam pelukan..atau masih jauh dari jangkauan... tp sebagai insan kita sekadar dapat berusaha dan berdoa yg dapat menentukan hanya Allah swt, yakin dan teguhkan pegangan pada Ilahi, insyaAllah hidup kita tidak akan dibelenggu kekecewaan, namun sebagai manusia, senang bercakap melaksanakannya amat susah. Dari pengalaman, betul seperti kata Ustaz Azhar Idrus kadang2 kita seperti bertuhankan duit, ada duit kita jd semangat, bila duit kurang kita jd layu dan lesu, macam saya, se...
Saya nak sambung sikit jer cerita yang hari tu...sekarang ni saya dan suami sedang berikhtiar dlm mengubati penyakit suami saya itu, dah lima org ustaz kami temui disamping berusaha cara sendiri dengan solat hajat dan membaca Al-Ouran, insyaAllah, Allah tidak akan menghampakan doa dari hambaNya. Baru2 ni saya dah daftarkan anak sulung saya Muhammad untuk menunaikan umrah pada bulan 5 2012 ni, mudah2an termakbul doa dan hajatnya selama ini untuk mengunjungi Tanah Suci Mekah bersama neneknya, walaupun rancangan awalnya saya dan dia akan ke sana, tapi oleh kerana suami saya tak berapa sihat, saya terpaksa batalkan rancangan tu sebab suamipun agak keberatan. Moga2 impian kami berdua untuk menunaikan haji bersama akan terlaksana...eh mcmana nk pergi daftar haji pun belum. Aduii .... malas ler plak nak menaip ni...masa ni saya duduk sorang2 suami saya pergi ke Padang Perdana Kota Bharu ada solat hajat dan ceramah...politik ler apa lagi kan dekat nak mengundi..aper??? sokong parti maner??...

DUGAAN, MuSIbAh ataU uJiAn!!!!

Ingat lagi catatan2 saya yg terdahulu...saya memohon kpd Ilahi kebahagiaan hidup di dunia & akhirat, bahagia bersama keluarga, di jauhkan dari segala dugaan yg boleh menggugat ketenangan hati, ya..saya akui amat takut pada sebarang dugaan & ujian dari Allah, pdMU aku berlindung dan memohon pertolongan. Mungkin pembaca...hahaha.. perasan ada peminat, tak per lah sekurang2nya lepas jugak gatal tgn saya ni dpt mencurah isihati dan cerita, ye lah nak jadi novelis  tak kesampaian, cita2 ku terdampar dilautan sepi... ye mungkin pembaca tertanya2.. ape hal le plak si manjaisa tu... Gini citernya... sebulan nan lalu.. suami saya mengalami masalah tak boleh tidur, asal2nya dia jadi kembung perut, angin tak lepas, jadi pernafasan pun terganggu ler...dlm hati berkata..laki aku nak mati ker...ya Allah, lanjutkan usia suami ku, ye lah saya baru aje berhenti kerja, dah rasa seronok duduk kat rumah, almaklum suami bagi jugak gaji...Kami dah pergi ke 3 buah klinik, satu klinik tu memang ...

catatan yang terlewat

Melihat pada tajuk di atas mesti ada yang tertanya2 kenapa?? Betul catatan ni saya rasa terlewat..lewat utk mengucapkan tahun baru masihi 2012...sebabnya internet di rumah saya bermula 1 Januari 2012..jem..entah aper2, bil tak pernah tertunggak, nasib2 dah la hari tu hari pertama saya jadi surirumah sepenuh masa, ishh buntu fikiran. Tulisan ini saya tulis sementara nak tunggu ambil anak di Tadika Pasti pukul 12.00 tghari..kejap tadi baru selesai masak sup ayam..nasi lepas ni baru nak tanak..senanggg pakai periuk letrik, pakai petik2 jer...letih jugak sebenarnya duduk kat rumah ni, ingatkan boleh le tido...hampeh..bermula 5.45 pagi kena bangun utk siapkan anak sekolah... lepas tu masak utk tengahari, pukul 12.00 ambil anak ditadika..pukul 1.15 anak di sekolah rendah..2.30 anak di sekolah menengah..pukul 3.00 ptg bleh la rehat sikit, lelapkan mata 30 minit. mengantuknya....tido kejap..zzzzz

HArI-hArI TeRakhIR

Merupakan hari2 terakhir bekerja, menerbitkan rasa sayu, sedih, sebak dan berbagai2 perasaan yg timbul. Selama 21 tahun menghabiskan masa di syarikat ini yang sudah menjadi sebahagian dari hidup saya. Tetapi dalam membuat pilihan antara keluarga dan kerja, anak2 dan suami pasti menjadi keutamaan dan inilah jalan yang saya pilih, semoga kehidupan yang mendatang akan dipermudahkan urusannya oleh Ilahi.
Catatan saya buat semasa temankan suami sedang menyiapkan kerjanya. Anak-anak semua dah tidur sebab besok sekolah, selalu saya pesankan pada anak2 supaya tidur awal sesuai dengan usia mereka, bukan apa kalau tidur lewat kebarangkalian untuk rasa letih dan mengantuk untuk bangun pagi adalah 100%. Cuma semasa cuti sekolah arahan itu dilonggarkan sedikit tapi bangun pagi satu kemestian sekolah atau tidak sembahyang subuh tetap ada, saya latih mereka pada usia 7 tahun sembahyang mesti dimulakan, bukan apa melentur buluh biarlah dari rebung... Minggu depan 6hb. Nov. 2011 kita akan menyambut Hariraya Aidil Adha atau lebih senonim dengan sebutan Hariraya Haji. Ingat masa kecik2 dulu, dah namanya hariraya Haji mesti la untuk orang yang pergi haji aje kan. Sempena hariraya ni suami saya turut melakukan ibadah korban tapi atas niat akikah untuk anak bongsu, Hakim yang sorang ni saje yang belum akikah, lewat sikit dalam usia 5 tahun berbanding dengan anak2 yang lain masa umur 1 atau 2 tahun ka...
Hari 18/10/2011, saya rasa gembira sangat sebabnya saya dah buat keputusan yang nekad iaitu nak berhenti kerja, dah pun beritahu boss...lega sesangat...alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana bagi kekuatan pada saya untuk menyatakan hal ini pada boss. Mungkin org akan tanya tak sayang ke nak berhenti, engko dh kerja lama... lagi pun kalau engko berhenti tak de pencen, tak de pampasan almaklum swasta kecik... sayang memang sayang sebab dh 21 tahun bersama syarikat ni, tapi saya hanya ada satu pilihan... dan ini lah pilihannya. Anak2 saya terutama Qayyum seringkali menanyakan soalan yang sama.. bila mama nak cuti lama boleh ambik Qayyum dari sekolah. Mudah-mudahan Allah swt akan senantiasa mempermudahkan jalan hidup saya dan keluarga, sesungguhnya hanya padaMU kami berserah. Tahun 2012, anak perempuan tunggal saya, Aisyah akan ke Tingkatan 1, saya dan suami bercadang menghantarnya Sek. Agama Arab yang agak jauh sedikit dari rumah, waktu pagi memang la suami saya boleh hantar, masa balik...

fACe BoOK

Saya sebenarnya dah lama nak cerita fasal buku wajah @ facebook ni. Saya percaya setiap dari kita ada akaun facebook, betulkan? Dari yang belum sekolah hingga yang bertaraf atuk dan nenek, tak percaya... betul, kalau yang berumur 45 dah ada cucu kan dah masuk golongan atuk dan nenek. Saya ada akaun facebook kalau tak silap tahun 2009, baru 3 tahun rakan2 saya baru ada dlm lingkungan 100 lebih yg tu termasuk anak2, suami dan adik-beradik serta saudara mara, kalau nak kira rakan2 yg sebenar berapa jer.. Sebenarnya kita patut bersyukur pada Allah swt kerana mengurniakan otak pada pengasas facebook ni, nama dia tak ingat le plak, kalau nama melayu mcm Abu ke Ali ke mudah le ingat..saper ye mark ke jullian dh tertukar ngan pengasas wikileak ni...sbb ngan adanya buku wajah, kita dapat bertemu dgn hampir kesemua rakan2 yang dah berpuluh tahun tak bertemu, alhamdulillah. Bagi saya, amat teruja sekali bertemu kawan2 masa kecil-kecil dulu, masa di sekolah rendah berbanding sekolah menengah, ken...
Bermula semalam 13hb. Sept. 2011, anak yang ke dua, Aisyah, menghadapi peperiksaan UPSR, entahlah.. saya pun tak mengharap apa2 keputusan yang terbaik dari anak2 sebab kita sebagai ibubapa pastinya mengenali kerenah, perangai, kelebihan dan kekurangan anak kita. Pun begitu saya tidaklah berserah pada takdir semata2 kerana doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal pastilah seiringan, namun sebagai ibu semestinya saya berkehendakkan yg terbaik dari mereka, tapi saya tidaklah terlalu menekan. Baru ni, anak yang sulung bagi tahu dia terlalu lemah dlm matematik, tak faham langsung katanya, mama nk buat macamana yer..cuti hujung tahun pegi tuisyen le, kalau tak pegi rumah Cik Ma, belajar dengan dia, Cik Ma tu kakak saya merupakan guru matematik..masa bulan puasa, Muhammad nk pegi le belajar dgn Cik Ma nya sbb sekolahnya cuti awal pd sekolah lain, saya tak benarkan, ye lah bulan puasa, org tu balik dari mengajar nk masak lagi, basuh kain.. lagi pun saya rasa susah le kalau Muhammad duduk kat ruma...

HARI-HARI TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN 1432H / 2011

Nampaknya hari ini masuk minggu2 terakhir di bulan penuh kemuliaan ini, sedih..sayu..pilu..bercampur baur dalam hati dan bermain di perasaan, ya Allah lanjutkan usiaku, suami, anak2 dan ibu2 kami untuk bertemu Ramadhan di tahun depan, kedua ayah kami telah kembali kerahmatullah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Sepuluh Ramadhan terakhir, sedang kita melaluinya sekarang, adakah kita antara hamba yg bertuah bertemu dengan malam lailatul qadar, malam penuh keberkatan ini, insyaAllah mudah2an. Suami saya mula beriktikaf di masjid, mengikuti qiamulail yang di adakan di masjid, semoga berkat dan rahmat dari Ilahi turun kepada kami ya Allah. Muhammad, anak yang sulung...tidur berlapikkan toto semata2 nak bangun sembahyang malam, alhamdulillah, dlm usia 14 tahun sudah ada kesedaran itu, mama doakan yang terbaik untuk anak2 semua. Ya Allah,  di kesempatan yang masih ada ada ini, saya memohon yang terbaik untuk diri sendiri, suami, anak2..Muhammad, Aisyah, Hadi, Qayyum da...

Bulan Ramadhan Bulan Rahmat

Hari ini sudah 2 Ramadhan 1432H bermakna sudah 2 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya dari kecil sampai kini...saya dah 43 thn, masih menunggu2 bulan ni, entah kenapa saya amat suka dan kalau lah boleh di atur2, biarlah setiap bulan adalah Ramadhan, tapi tak mungkin begitu kerana Allah swt lebih mengetahui. Sebelum tu saya ingin merakamkan rasa sedih di atas pemergian mak saudara yang saya panggil Mokcik pada 17hb. Julai 2011 bersamaan 14 Syaaban 1432H, tak sempat untuk mokcik merasai Ramadhan pada tahun ini, Ramadhan 2010 merupakan Ramadhan yang terakhir untuk mokcik, Alfatihah utk mokcik, saya amat menyayangimu sampai bila2. Tahun ni anak saya Qayyum 7 tahun belajar berpuasa, adiknya Hakim pun macam tu, balik kerja petang semalam, ambil Hakim dari Tadika, Hakim puasa ke.. saya tanya.. poco  (puasa) jawabnya, betul ke, betul! mulut busuk ni.., betul le kut dia puasa kata saya pada suami, saya rasa perut Hakim, lembik dan kempis, eh Kim, hakim jgn posa deh, bukak p...