Catatan saya buat semasa temankan suami sedang menyiapkan kerjanya. Anak-anak semua dah tidur sebab besok sekolah, selalu saya pesankan pada anak2 supaya tidur awal sesuai dengan usia mereka, bukan apa kalau tidur lewat kebarangkalian untuk rasa letih dan mengantuk untuk bangun pagi adalah 100%. Cuma semasa cuti sekolah arahan itu dilonggarkan sedikit tapi bangun pagi satu kemestian sekolah atau tidak sembahyang subuh tetap ada, saya latih mereka pada usia 7 tahun sembahyang mesti dimulakan, bukan apa melentur buluh biarlah dari rebung...


Minggu depan 6hb. Nov. 2011 kita akan menyambut Hariraya Aidil Adha atau lebih senonim dengan sebutan Hariraya Haji. Ingat masa kecik2 dulu, dah namanya hariraya Haji mesti la untuk orang yang pergi haji aje kan. Sempena hariraya ni suami saya turut melakukan ibadah korban tapi atas niat akikah untuk anak bongsu, Hakim yang sorang ni saje yang belum akikah, lewat sikit dalam usia 5 tahun berbanding dengan anak2 yang lain masa umur 1 atau 2 tahun kami dah akikahkan mereka.


Ha..ha..ha lupa la plak, esok 2hb. Nov, my birthday la...hai dah 43 tahun umur saya...mudah2an kehidupan saya bersama suami, anak2 dan keluarga akan sentiasa dilindungi oleh Ilahi, diberkati dunia sampai akhirat, punyai suami yang penyayang, anak2 yang menyenangkan hati, syukur alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka