Posts

Showing posts from 2011

HArI-hArI TeRakhIR

Merupakan hari2 terakhir bekerja, menerbitkan rasa sayu, sedih, sebak dan berbagai2 perasaan yg timbul. Selama 21 tahun menghabiskan masa di syarikat ini yang sudah menjadi sebahagian dari hidup saya. Tetapi dalam membuat pilihan antara keluarga dan kerja, anak2 dan suami pasti menjadi keutamaan dan inilah jalan yang saya pilih, semoga kehidupan yang mendatang akan dipermudahkan urusannya oleh Ilahi.
Catatan saya buat semasa temankan suami sedang menyiapkan kerjanya. Anak-anak semua dah tidur sebab besok sekolah, selalu saya pesankan pada anak2 supaya tidur awal sesuai dengan usia mereka, bukan apa kalau tidur lewat kebarangkalian untuk rasa letih dan mengantuk untuk bangun pagi adalah 100%. Cuma semasa cuti sekolah arahan itu dilonggarkan sedikit tapi bangun pagi satu kemestian sekolah atau tidak sembahyang subuh tetap ada, saya latih mereka pada usia 7 tahun sembahyang mesti dimulakan, bukan apa melentur buluh biarlah dari rebung... Minggu depan 6hb. Nov. 2011 kita akan menyambut Hariraya Aidil Adha atau lebih senonim dengan sebutan Hariraya Haji. Ingat masa kecik2 dulu, dah namanya hariraya Haji mesti la untuk orang yang pergi haji aje kan. Sempena hariraya ni suami saya turut melakukan ibadah korban tapi atas niat akikah untuk anak bongsu, Hakim yang sorang ni saje yang belum akikah, lewat sikit dalam usia 5 tahun berbanding dengan anak2 yang lain masa umur 1 atau 2 tahun ka
Hari 18/10/2011, saya rasa gembira sangat sebabnya saya dah buat keputusan yang nekad iaitu nak berhenti kerja, dah pun beritahu boss...lega sesangat...alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana bagi kekuatan pada saya untuk menyatakan hal ini pada boss. Mungkin org akan tanya tak sayang ke nak berhenti, engko dh kerja lama... lagi pun kalau engko berhenti tak de pencen, tak de pampasan almaklum swasta kecik... sayang memang sayang sebab dh 21 tahun bersama syarikat ni, tapi saya hanya ada satu pilihan... dan ini lah pilihannya. Anak2 saya terutama Qayyum seringkali menanyakan soalan yang sama.. bila mama nak cuti lama boleh ambik Qayyum dari sekolah. Mudah-mudahan Allah swt akan senantiasa mempermudahkan jalan hidup saya dan keluarga, sesungguhnya hanya padaMU kami berserah. Tahun 2012, anak perempuan tunggal saya, Aisyah akan ke Tingkatan 1, saya dan suami bercadang menghantarnya Sek. Agama Arab yang agak jauh sedikit dari rumah, waktu pagi memang la suami saya boleh hantar, masa balik

fACe BoOK

Saya sebenarnya dah lama nak cerita fasal buku wajah @ facebook ni. Saya percaya setiap dari kita ada akaun facebook, betulkan? Dari yang belum sekolah hingga yang bertaraf atuk dan nenek, tak percaya... betul, kalau yang berumur 45 dah ada cucu kan dah masuk golongan atuk dan nenek. Saya ada akaun facebook kalau tak silap tahun 2009, baru 3 tahun rakan2 saya baru ada dlm lingkungan 100 lebih yg tu termasuk anak2, suami dan adik-beradik serta saudara mara, kalau nak kira rakan2 yg sebenar berapa jer.. Sebenarnya kita patut bersyukur pada Allah swt kerana mengurniakan otak pada pengasas facebook ni, nama dia tak ingat le plak, kalau nama melayu mcm Abu ke Ali ke mudah le ingat..saper ye mark ke jullian dh tertukar ngan pengasas wikileak ni...sbb ngan adanya buku wajah, kita dapat bertemu dgn hampir kesemua rakan2 yang dah berpuluh tahun tak bertemu, alhamdulillah. Bagi saya, amat teruja sekali bertemu kawan2 masa kecil-kecil dulu, masa di sekolah rendah berbanding sekolah menengah, ken
Bermula semalam 13hb. Sept. 2011, anak yang ke dua, Aisyah, menghadapi peperiksaan UPSR, entahlah.. saya pun tak mengharap apa2 keputusan yang terbaik dari anak2 sebab kita sebagai ibubapa pastinya mengenali kerenah, perangai, kelebihan dan kekurangan anak kita. Pun begitu saya tidaklah berserah pada takdir semata2 kerana doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal pastilah seiringan, namun sebagai ibu semestinya saya berkehendakkan yg terbaik dari mereka, tapi saya tidaklah terlalu menekan. Baru ni, anak yang sulung bagi tahu dia terlalu lemah dlm matematik, tak faham langsung katanya, mama nk buat macamana yer..cuti hujung tahun pegi tuisyen le, kalau tak pegi rumah Cik Ma, belajar dengan dia, Cik Ma tu kakak saya merupakan guru matematik..masa bulan puasa, Muhammad nk pegi le belajar dgn Cik Ma nya sbb sekolahnya cuti awal pd sekolah lain, saya tak benarkan, ye lah bulan puasa, org tu balik dari mengajar nk masak lagi, basuh kain.. lagi pun saya rasa susah le kalau Muhammad duduk kat rumah di

HARI-HARI TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN 1432H / 2011

Nampaknya hari ini masuk minggu2 terakhir di bulan penuh kemuliaan ini, sedih..sayu..pilu..bercampur baur dalam hati dan bermain di perasaan, ya Allah lanjutkan usiaku, suami, anak2 dan ibu2 kami untuk bertemu Ramadhan di tahun depan, kedua ayah kami telah kembali kerahmatullah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Sepuluh Ramadhan terakhir, sedang kita melaluinya sekarang, adakah kita antara hamba yg bertuah bertemu dengan malam lailatul qadar, malam penuh keberkatan ini, insyaAllah mudah2an. Suami saya mula beriktikaf di masjid, mengikuti qiamulail yang di adakan di masjid, semoga berkat dan rahmat dari Ilahi turun kepada kami ya Allah. Muhammad, anak yang sulung...tidur berlapikkan toto semata2 nak bangun sembahyang malam, alhamdulillah, dlm usia 14 tahun sudah ada kesedaran itu, mama doakan yang terbaik untuk anak2 semua. Ya Allah,  di kesempatan yang masih ada ada ini, saya memohon yang terbaik untuk diri sendiri, suami, anak2..Muhammad, Aisyah, Hadi, Qayyum dan Ha

Bulan Ramadhan Bulan Rahmat

Hari ini sudah 2 Ramadhan 1432H bermakna sudah 2 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya dari kecil sampai kini...saya dah 43 thn, masih menunggu2 bulan ni, entah kenapa saya amat suka dan kalau lah boleh di atur2, biarlah setiap bulan adalah Ramadhan, tapi tak mungkin begitu kerana Allah swt lebih mengetahui. Sebelum tu saya ingin merakamkan rasa sedih di atas pemergian mak saudara yang saya panggil Mokcik pada 17hb. Julai 2011 bersamaan 14 Syaaban 1432H, tak sempat untuk mokcik merasai Ramadhan pada tahun ini, Ramadhan 2010 merupakan Ramadhan yang terakhir untuk mokcik, Alfatihah utk mokcik, saya amat menyayangimu sampai bila2. Tahun ni anak saya Qayyum 7 tahun belajar berpuasa, adiknya Hakim pun macam tu, balik kerja petang semalam, ambil Hakim dari Tadika, Hakim puasa ke.. saya tanya.. poco  (puasa) jawabnya, betul ke, betul! mulut busuk ni.., betul le kut dia puasa kata saya pada suami, saya rasa perut Hakim, lembik dan kempis, eh Kim, hakim jgn posa deh, bukak posa,

Hari Ibu dan Hari Guru

Setiap bulan Mei setiap tahun kita pasti menyambut dua hari ini, hari ibu dan hari guru. Hari guru rasa2nya dh lama kita sambut, cuma hari ibu sejak kebelakangan ini disambut dgn berbagai2 acara utk menghargainya. Saya akui, saya bukan lah seorang yg terlalu obses tentang sambutan hari2 istimewa ni, baik hari lahir, ulangtahun perkahwinan ke atau apa2 pun saya tak kisah sgt, orang bagi ucapan atau tidak saya x pernah rasa kecil hati, hari jadi anak pun sekadar saya htr sms atau mesej melalui telefon atau facebook saja, bukan tak sayang anak, tapi saya dan suami nak anak tahu bukan hari2 tertentu saja kita meraikan atau nk beri hadiah, sebab perangai saya kalau saya nak belikan apa2 hadiah x kira masa...cuma anak2 kena sabar.. Untuk mengucapkan selamat hari ibu dan nak kata saya sayang pada mak saya, saya agak kekok, tak terucap dibibir walaupun hakikatnya memang saya amat menyayangi dan mengasihi ibu saya..mungkin saya yang lahir di tahun 60 an tidak terdedah dgn amalan ini, tanpa mu
Dalam seminggu ni heboh tentang video paling hebat paling sensasi agaknya di tahun 2011. Entahlah saya pun kadang2 kurang faham dengan perangai manusia ni, nak kata bodoh rasanya semua ada ijazah berjela2, tak de la macam saya ni lepasan STPM je... Saya agak Datuk Seri Anwar ni bodoh sangat kut sampai terkantoi 2, 3 kali pasal seks aje, hai kuat sangat ke stamina Datuk ni...saya tabik pada Datin Seri Azizah, nama kita sama la...kuat semangat hadapi apa jua fitnah yang melanda dirinya, nama Azizah memang orgnya kuat semangat kut. Tulisan saya kali ini agak lari sikit pada kebiasaan, sebabnya rasa geram dalam hati tak tertahan, saya bukan la fanatik sangat pada politik ni tapi saya sentiasa mengambil tahu mengenai politik semasa, rasa macam bodoh aje jadi rakyat Malaysia ni, yg rakyat dok fikir tentang keperluan hidup yg semakin meningkat, tapi pemerintah fikir nk bodohkan rakyat tentang isu yg tak masuk dek akal. Masuk akal tak, DS Anwar sedang menghadapi perbicaraan liwat di mahkamah

Antara dua pilihan

Melihat tajuk di atas bukannya melibatkan pilihanraya yang akan berlangsung di Merlimau atau Kerdau tapi nak ada persamaan mungkinlah jugak, kerana penduduk di kedua kawasan tu terpaksa membuat pilihan samada bulan atau dacing, hijau atau biru tu je. Tapi apa salahnya membuat pilihan yang bukan selari dengan kehendak kita selama ini, buat perubahan untuk kebaikan apa salahnya... Saya sekarang ni dalam dilema, antara kerja dan anak2. Suami saya sudah ada bunyi2 suruh saya berhenti dari kerja untuk bagi tumpuan pada anak2, ya..saya sebenarnya sudah ada pilihan, tapi masih ragu2, istikharah dah dibuat...Tengok keadaan anak2 saya jadi kesian pada mereka, memang ada nenek mereka yang menunggu kat rumah, mesti tak sama dengan ibu. Saya dah tanya anak2 suka tak kalau mama berhenti kerja, semua jawab suka... Macam mana tu ya!!! Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada saya, insyaAllah.

2010 dlm kenangan, 2011 menggamit cabaran...

Sesungguhnya 2010 byk meninggal kenangan pahit manis dlm kehidupan kita semua, yg manis pasti terlekat disanubari, begitu jua yg pahit jadikan panduan utk terus menghadapi cabaran dan dugaan. Namun begitu serahkan diri pada Allah swt setelah kita berusaha. Bagi saya tiada yg pahit terjadi dlm hidup saya, tapi berita sedih, adik saya telah bercerai dgn isterinya, saya tak sedih mereka bercerai tapi saya sedih andainya hubungan saya dgn anak saudara yang dua orang tu akan menjadi renggang, jgn begitu ye Akilah dan Asilah, makcik sentiasa menyayangi korang berdua... Begitu juga dgn kawan sepejabat saya yg boleh saya umpamakan seperti kakak saya, juga telah bercerai setelah mengharungi badai rumahtangga selama hampir 20 tahun. Begitulah ketentuan Tuhan ke atas makhluknya, biarpun kita cuba untuk menghindar, namun Tuhan lebih tahu atas perancanganya itu, harapan saya biarlah kesemua orang yang saya sayang tabah dalam menjalani kehidupan, insyaAllah, Tuhan sentiasa bersama orang benar. 201
Sebenarnya cerita ni adalah sambungan dari tajuk sebelumnya, saya malas nak edit sebab..isyy macam lama sangat tarikh yg dulu dengan yg ni... tak sempat banyak kerja nak buat, tambah2 masa tu nak akhir cuti sekolah, semua persiapan untuk anak kembali ke sekolah mesti disiapkan. Tapi tu la memang fe'el kita semua kerja mesti last minute . Hari ni hari pertama persekolahan, anak2 yang lain tak pe la, anak nombor 4, Qayyum baru nak masuk kelas 1, hai.. dah besar2 anak ye... kita pun dah makin jadi veteran. Moga2 panjang umur lah, nak tengok jugak kejayaan anak2, insyaAllah. Anak2 sekarang tak macam kita dulu, semua excited nak pergi sekolah, sebab dah biasa ke tadika tak macam zaman 70an dulu... hari pertama tu la baru kenal sekolah. Tapi saya ingat zaman dulu seronok lah sekolah, tengok zaman sekarang saya sendiri rasa tension dengan corak pembelajaran yang agak lain dari dulu. Dulu-dulu korang nak tahu, kita masuk darjah 1, cikgu ajar tulis A penuh muka surat, kemudian B dan s