Posts

Showing posts from 2015
  Sambungan dari catatan  banjir tadi, inilah pertama kali saya merasai pengalaman banjir, terpaksa berpindah meninggalkan rumah. Petang 23 Dis 2014, kawan yang tinggal di Pendek, 1 km dari rumah telefon memaklumkan air sudah melintas jalan dirumahnya, pesannya beli lilin takut tak de elektrik...ada dh standby, saya jawab. Tak terdetik, terfikir di dalam hati yang air tesebut akan memenuhi seluruh kampung, Ya Allah....   Cik (mak) balik dari kedai runcit beritahu air sungai dh masuk dlm longkang depan kedai Mat Din, masa tu jugak tak terfikir itu penanda musibah yang akan melanda, Ya Allah...kerdilnya aku....       Keesokan hari, dalam rumah air sudah setakat betis, kebetulan cuti sekolah, adik2 saya bersama keluarga balik bercuti, rumah kami penuh dengan budak2, Ya Allah... kakak saya yang berada di Pasir Hor dtg utk mengambil anak2 kami utk dibawa ke rumahnya, kawasan rumahnya agak tinggi, keretanya diletakkan nunnnn........... 1km jauhnya, jalan dh tak boleh dilalui...keret

Kenangan Masih Tersisa

  Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2015, masih saya ingat lagi pada tarikh ini pada 2014, saya bersama seluruh ahli keluarga bertungkuslumus membersihkan rumah akibat banjir yang melanda negeri Kelantan, yg hampir melumpuhkan.....   Saya masih ingat air memenuhi perkarangan rumah pada malam 24 Disember 2014, tersedar pada pukul 3 pagi, jiran yg dtg kejutkan suruh alihkan kereta, ya Allah.... Kalau boleh tak mahu ingat lagi peristiwa itu, trauma jadinya. Setahun berlalu, alhamdulillah..........

BERPISAH JUA......

Walaupun hampir sebulan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah, (masa atikel ini ditulis) kesedihan masih tetap bersarang di hati. Semalam di saluran Oasis...Salam Muslim tribute khas utk TGNA, airmata mengalir...ohhh..peritnya menahan rindu pada beliau, memang beliau bukan sesiapa dengan saya, tapi saya pernah berada dibawah pemerintahannya 22hb Oktober 1990 hingga 6hb. Mei 2013. Masih terbayang lagi betapa gembiranya kami para pekerja di MYJ Plastik di Pengkalan Chepa mendapat khabar gembira Pas bersama Semangat 46 yang pada masa itu bergabung menjadi Angkatan Perpaduan Ummah telah menyapu bersih kerusi DUN Negeri Kelantan. Masih ingat lagi......abang Din (kini arwah semoga Allah mencucuri rahmat atasnya), saya masa tu di blok 1, dia di blok 2, Zahhhhh........laungnya kuat, masa tu hampir pukul 12.00 tengah malam...bakpo??? Kito mene dh........ Alhamdulillah.... Guo Muse gano???.....masa tu keputusan untuk Parlimen Gua Musang saja yang belum diketahui yang akhi