BERPISAH JUA......

Walaupun hampir sebulan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah, (masa atikel ini ditulis) kesedihan masih tetap bersarang di hati. Semalam di saluran Oasis...Salam Muslim tribute khas utk TGNA, airmata mengalir...ohhh..peritnya menahan rindu pada beliau, memang beliau bukan sesiapa dengan saya, tapi saya pernah berada dibawah pemerintahannya 22hb Oktober 1990 hingga 6hb. Mei 2013. Masih terbayang lagi betapa gembiranya kami para pekerja di MYJ Plastik di Pengkalan Chepa mendapat khabar gembira Pas bersama Semangat 46 yang pada masa itu bergabung menjadi Angkatan Perpaduan Ummah telah menyapu bersih kerusi DUN Negeri Kelantan. Masih ingat lagi......abang Din (kini arwah semoga Allah mencucuri rahmat atasnya), saya masa tu di blok 1, dia di blok 2, Zahhhhh........laungnya kuat, masa tu hampir pukul 12.00 tengah malam...bakpo??? Kito mene dh........ Alhamdulillah.... Guo Muse gano???.....masa tu keputusan untuk Parlimen Gua Musang saja yang belum diketahui yang akhirnya dimenangi oleh Tengku Razaleigh Hamzah, aduhai.....betul-betul kenangan terindah.

Masa tu saya belum kenali TGNA dengan mendalam....yang tahu dia selalu mangajar di Pejabat Pas di Kota Bharu setiap Jumaat, masa tu tak pernah pergi pun...yelah masa tu saya baru 3 tahun berpindah ke Kota Bharu...masih sesat barat..... Saya berpindah ke Kelantan dari Perak pada penghujung Disember 1987, masa tu Kelantan diperintah oleh Tan Sri Muhamad Yaakub dari UMNO Barisan Nasional, apa bezanya pemerintahan PAS dengan BN...entah...apa yang saya tahu nak kerja jadi cashier pun susah kat supermarket...sebabnya saya pakai tudung... temuduga nak jadi misi pun gagal sebab tudung.....penemuduga mungkin bukan jahil tapi tertakluk pada peraturan kerajaan, tapi selepas TGNA pegang Kelantan semua pekerja Islam diwajibkan memakai tudung semasa kerja, senangkan bila Islam menguasai.......

Saya memang suka membaca semua perkara termasuk politik tapi tidak berminat untuk menceburinya. Cuma akhir2 ini sedikit kurang membaca...sebabnya..bila umur semakin meningkat mata pun Allah dah tarik nikmatNya..semakin kelabu.....

Selepas TG Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan, kebanyakan atau boleh dikatakan semua pihak membuat ramalan Kerajaan Kelantan di bawah PAS mampu bertahan selama 3 bulan sahaja kerana bekas pemerintah terdahulu amat mengetahui Kelantan tak ada duit...kosong...bahkan hutang dengan kerajaan Persekutuan amat banyak, tak bayar.....tapi mereka tidak mengetahui Allah lebih berkuasa...........Banyak yg hendak dinukilkan.....tapi....bila teringatkan almarhum mata semakin kelabu dan kelabu.....dik airmata yg byk keluar, anak saya yg sulung pun saya namakan sempena dgn nama Nabi SAW dan almarhum TGNA, Muhammad Abdul Aziz dan alhamdulillah nama itu membawa kebaikan untuknya, dan sekarang anak saya menuntut di Maahad Tahfiz Alquran, MAIK, dan dia juga cuba menerapkan gaya kehidupan Rasulullah dan TGNA dlm kehidupannya.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka