Posts

Showing posts from March, 2011
Dalam seminggu ni heboh tentang video paling hebat paling sensasi agaknya di tahun 2011. Entahlah saya pun kadang2 kurang faham dengan perangai manusia ni, nak kata bodoh rasanya semua ada ijazah berjela2, tak de la macam saya ni lepasan STPM je... Saya agak Datuk Seri Anwar ni bodoh sangat kut sampai terkantoi 2, 3 kali pasal seks aje, hai kuat sangat ke stamina Datuk ni...saya tabik pada Datin Seri Azizah, nama kita sama la...kuat semangat hadapi apa jua fitnah yang melanda dirinya, nama Azizah memang orgnya kuat semangat kut. Tulisan saya kali ini agak lari sikit pada kebiasaan, sebabnya rasa geram dalam hati tak tertahan, saya bukan la fanatik sangat pada politik ni tapi saya sentiasa mengambil tahu mengenai politik semasa, rasa macam bodoh aje jadi rakyat Malaysia ni, yg rakyat dok fikir tentang keperluan hidup yg semakin meningkat, tapi pemerintah fikir nk bodohkan rakyat tentang isu yg tak masuk dek akal. Masuk akal tak, DS Anwar sedang menghadapi perbicaraan liwat di mahkamah

Antara dua pilihan

Melihat tajuk di atas bukannya melibatkan pilihanraya yang akan berlangsung di Merlimau atau Kerdau tapi nak ada persamaan mungkinlah jugak, kerana penduduk di kedua kawasan tu terpaksa membuat pilihan samada bulan atau dacing, hijau atau biru tu je. Tapi apa salahnya membuat pilihan yang bukan selari dengan kehendak kita selama ini, buat perubahan untuk kebaikan apa salahnya... Saya sekarang ni dalam dilema, antara kerja dan anak2. Suami saya sudah ada bunyi2 suruh saya berhenti dari kerja untuk bagi tumpuan pada anak2, ya..saya sebenarnya sudah ada pilihan, tapi masih ragu2, istikharah dah dibuat...Tengok keadaan anak2 saya jadi kesian pada mereka, memang ada nenek mereka yang menunggu kat rumah, mesti tak sama dengan ibu. Saya dah tanya anak2 suka tak kalau mama berhenti kerja, semua jawab suka... Macam mana tu ya!!! Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada saya, insyaAllah.