Antara dua pilihan

Melihat tajuk di atas bukannya melibatkan pilihanraya yang akan berlangsung di Merlimau atau Kerdau tapi nak ada persamaan mungkinlah jugak, kerana penduduk di kedua kawasan tu terpaksa membuat pilihan samada bulan atau dacing, hijau atau biru tu je. Tapi apa salahnya membuat pilihan yang bukan selari dengan kehendak kita selama ini, buat perubahan untuk kebaikan apa salahnya...

Saya sekarang ni dalam dilema, antara kerja dan anak2. Suami saya sudah ada bunyi2 suruh saya berhenti dari kerja untuk bagi tumpuan pada anak2, ya..saya sebenarnya sudah ada pilihan, tapi masih ragu2, istikharah dah dibuat...Tengok keadaan anak2 saya jadi kesian pada mereka, memang ada nenek mereka yang menunggu kat rumah, mesti tak sama dengan ibu. Saya dah tanya anak2 suka tak kalau mama berhenti kerja, semua jawab suka... Macam mana tu ya!!! Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada saya, insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka

PoLItIk....pOliTik..POLITIK