Catatan rindu


Agak terlalu lama tidak menulis di blog ni, mungkin terlalu sibuk atau sengaja menyibukkan diri.

Kali ini saya ingin dedikasikan coretan ini untuk semua adikberadik yang AMAT saya sayangi dan sentiasa dirindui. Utk makluman saya mempunyai 13 orang adik beradik yg mana 6 darinya adalah berlainan ibu. Abang saya yang sulung Abg Leh, Kak Minah dan Abg Kar, seibu sebapa, Abg Nawi tunggal dari isteri ke 2 ayah saya yg mana diberitahu ibunya meninggal sewaktu melahirkan nya, wallahuaklam....Yang dan kak Imin dari 2 beradik seibu sebapa, dan saya 7 beradik dari mak yang terakhir, ibu2 kami bukan bermadu....... tapi alhamdulillah kami semua adalah satu keluarga...

Abang saya, abg Kar telah mengadap Ilahi lebih dahulu dari abang kami yg sulung, baru2 ini abg Nawi juga telah menemui penciptanya pada 13 Ogos 2016....ya Allah...saya amat terkilan sampai ke saat coretan ini ditulis, kerana tidak pergi berhariraya ke rumahnya pada Aidilfitri yg lalu...7/7/2016, saya bercadang nk pergi pada Aidil Adha ini....terakhir saya berjumpanya sebelum Ramadhan 2016, saya pergi menziarahinya....

Kami adikberadik semua suka bercakap bercerita...apa2 saja....politik pun termasuk dlm pilihan pertama....bila kita semua sudah punya keluarga sendiri, utk bersama saudara kandung amat terhad...saya rindu...walaupun kini telah punya suami dan anak2. Benarlah kata pepatah air dicincang takkan putus....kerana darah yg mengalir dibadan kita akan membuatkan kita seolah2 merasa apa jua apa2 yg menimpa saudara kita.....kita rasa bangga kalau mereka berjaya, kita gembira jika mereka ria, turut lara jika mereka berduka...

Abang Leh telah lama kematian isteri, dan telah pun beristeri baru...menetap di Kuala Lumpur kerana anak2, anak saudara saya menpunyai kerjaya yg hebat, menyarankan ayah mereka menetap di sana, senang utk mereka menjaganya....alhamdulillah semua anak2 prihatin. Kak Minah, Yang, Kak Imin semua di Kota Bharu, yang saya amat2 bersyukur ialah pertalian kami cukup kuat, dapat anak2 dan anak2 saudara yang cukup baik, hormat pada orangtua.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah sedih kawanku.