Posts

Showing posts from November, 2012
Hariraya Aidil Adha baru saja kita sambut, semoga jemaah haji di Tanah Suci yang akan kembali ke tanah air akan mendapat haji yang mabrur. Pada hariraya baru ni saya dan suami tak buat korban, cuma adik saya buat akikah untuk anaknya. Sekarang ni kita sudah berada di tahun2 akhir 2012 dan akan menyambut tahun baru hijrah yakni awal Muharram pada minggu depan, apakah persiapan kita menjelang bertambahnya umur yang akan semakin memendekkan kehidupan kita di dunia ini. Bila bercakap tentang bab kehidupan yang kita tidak tahu di manakah penghujungnya, kadang2 boleh menimbulkan bermacam2 rasa didalam jiwa .... sedih, takut, gembira bercampur aduk tapi yang teratas mestilah kesedihan yg tak mungkin dapat dibendung sekiranya berlaku kematian insan yang terdekat dengan kita..namun apa jua kita perlu redha dan berdoa semoga yang terbaik menjadi milik kita. Baru2 ni anak saya Muhammad yang belajar di Maahad Darul Anuar, sekolah kepunyaan anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, cakap