Hariraya Aidil Adha baru saja kita sambut, semoga jemaah haji di Tanah Suci yang akan kembali ke tanah air akan mendapat haji yang mabrur. Pada hariraya baru ni saya dan suami tak buat korban, cuma adik saya buat akikah untuk anaknya.

Sekarang ni kita sudah berada di tahun2 akhir 2012 dan akan menyambut tahun baru hijrah yakni awal Muharram pada minggu depan, apakah persiapan kita menjelang bertambahnya umur yang akan semakin memendekkan kehidupan kita di dunia ini. Bila bercakap tentang bab kehidupan yang kita tidak tahu di manakah penghujungnya, kadang2 boleh menimbulkan bermacam2 rasa didalam jiwa .... sedih, takut, gembira bercampur aduk tapi yang teratas mestilah kesedihan yg tak mungkin dapat dibendung sekiranya berlaku kematian insan yang terdekat dengan kita..namun apa jua kita perlu redha dan berdoa semoga yang terbaik menjadi milik kita.

Baru2 ni anak saya Muhammad yang belajar di Maahad Darul Anuar, sekolah kepunyaan anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, cakap pada saya Tok Guru dah nak mati ... saya jawab kenapa kata begitu ... sebab dia selalu sakit ..Muhammad balas balik, sekarang ni Muhammad nak ambil sebanyak mungkin ilmu yang ada pada Tok Guru, apa yang dia cakap masa tazkirah selepas sembahyang semua Muhammad catit ...kata anak saya lagi. Tapi itu lah lepas seminggu anak saya kata, Tok Guru keluarkan kenyataan supaya teruskan perjuangan Islam selepas ketiadaannya ... saya kata dalam hati, macam tau2 aje anak aku ni.. dan adakah Tok Guru sendiri ada rasa getaran, petunjuk yg malaikat maut semakin menghampirinya???? Alangkah bertuah dan beruntungnya jika kita sendiri beroleh keistimewaan itu.

Kadang2 bila kita bercakap tentang kematian ... orang akan kata buang tebiat ker??? Bukan begitu ... cuma bila sudah berada di usia melangkaui 40 an itu lah yang akan terdetik di fikiran, namun saya masih memohon pada Ilahi moga dipanjangkan umur saya dan suami agar dapat melihat kejayaan anak2 kami, adakah tercapai segala impian yang kami dambakan untuk anak2, saya tidak mendambakan kemewahan dari anak2, tapi saya amat bersyukur kiranya anak2 saya menjadi orang dlm ertikata sebenarnya ... iaitu sentiasa berpegang teguh pada tali2 Allah, kehidupan di dunia semakin mencabar itu yang amat menakutkan saya, kadang2 anak yg kita didik dengan roh Islam sedari kecil lagi boleh terpesong apatah lagi yang kita biarkan mengikut rentak sendiri...tapi taufik dan hidayah Allah tidak mengenal siapa...moga2 kita termasuk didalam golongan yang sentiasa mendapat taufik dan hidayah.

Kita sambung lain kali ...kesian pada suami, sakitnya masih ada, semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami sekiranya itu adalah musibah.

1nov2012... 11.25pm

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka