Posts

Showing posts from 2010
Kita sekarang berada dipenghujung tahun 2010, usia makin bertambah, moga2 kehidupan jua berubah untuk lebih ke arah kebaikan. Barang2 keperluan persekolahan anak2 hampir 100% siap, begitu la kita ni suka buat kerja di saat2 akhir, pada hal semua keperluan tu kita boleh selesai awal2 lagi tapi dah jadi satu tabiat semuanya berebut pada saat2 akhir, baru ada thrill kut... Tahun 2011 ni, anak saya yang ke 4, Qayyum akan masuk tahun 1, dah besar anak mama, belajar baik2 sayang... yang sulung, Muhammad dlm tingkatan 2, macamana janji dengan mama nak hafaz 30 juzuk Al-Quran, insyaAllah kamu boleh lakukan. Anak perempuan mama, Aisyah, UPSR is coming... macamana ye!!! Cuba beri kebanggaan untuk mama & abah boleh tak??? Hadi dah tahun 4 anak mama ni, cuba ubah cara dan sikap ye... Bila melihat keadaan persekolahan sekarang, mesti teringat zaman2 kita sekolah dulu betul tak??? serupa tapi tak sama, berbeza segala2nya... baik dari segi cikgu ataupun pembelajaran. Terkenang masa masuk darja

BoRINGnYA DUDUK seOrAng

Apa tajuk yang nak saya buat untuk entri ni, taip citer dulu tajuk kemudian, boleh la kan. Sekarang ni saya di pejabat, curi2 buka blog, sambil intai2 takut boss sampai.. dosa tak saya buat macam tu, bukan apa nak buat catatan kat rumah kadang2 tak sempat, nak masak, basuh kain aduii macam-macam sampai rasa dah habis tenaga. Hari ni result PMR keluar, tapi saya tak de anak yang ambil periksa tu, anak saudara, anak kengkawan ada la, macamana result mereka sat lagi saya nak telefon. Bercakap pasal periksa ni, kadang2 bila kita hantar anak ke sekolah, mesti kita pesan pada anak2, belajar rajin2, jadi orang pandai lepas tu dapat kerja bagus gaji besar dan fokus kita bila anak nak periksa, mesti target atau skor banyak 'A', saya nak tanya betul ke matlamat kita macam tu... adakah banyak 'A' akan menentukan jatuh bangun atau kejayaan anak kita.. betul ke??? Apakah apa yang kita buat tidak bersandar pada kuasa Allah, memang Tuhan akan berikan atas apa yang kita usahakan, tapi

Catatan yang tak dirancang

Dah berapa hari tak menjengah blog saya, agak sibuk, letih, mangantuk dan macam-macam la.. maklum umur dah masuk 40 an, memang macam tu agaknya. Nak kata anak ramai tak jugak baru 5 org, tapi melayan kerenah macam lebih 10 orang, berbagai ragam dan perangai dlm sorang ada 4,5 ragam kalau dh 5 tak ke jadi 20 ragam, pening2... Perjalanan sehari-hari bermula pukul 5.30 pagi, kecuali hujung minggu, pukul 6.00 pagi. Bangun aje tidur kesat2 mata, terus ke peti sejuk...jeng..jeng bukan ambil aiskrim, ambik ikan @ ayam beku, nak masak untuk anak yang tinggal sebab saya ni kerja 'huduh-huduh' kata orang kelantan. 6.30 pagi kena kejutkan anak2, bangun-bangun... sembahyang subuh, kalau tak selimut tukar jadi kulit babi, 'celudar' semua bangun, tau takut selimut bertukar rupa... tapi ingat anak2, sembahyang itu tiang agama, jika tiang buruk dan runtuh, kalau patah timpa atas kita tak ke sakit, silap2 haribulan patah tengkuk, alamatnya ke alam kubur lah kita akan disoal mungkar dan

Kahwin lari VS Orang Tua Tak Suka @ Restu..

Mula2 nak tanya sikit, sape yang dolu2 tu pernah kawin lari, angkat tangan!!! Apakah korang sekarang bahagia atau derita... ape sebab korang kawin lari... fulamak macam kaunselor pencen je.. Tajuk kat atas tak de kena-mengena ngan saya, tapi mungkin ada kena ngan orang lain. Tapi gitu lah artikel ni bukan ada apa2, cuma nak ingatkan diri sendiri sebab kita ada anak, yg akan jadi remaja, satu masa yang penuh dengan warna-warni dan pancaroba. Kita dah lalui semua itu, jadikan segala kita pernah lalui jadikan panduan untuk didik anak2 beserta dengan doa pada Allah swt. Disini saya nak lakarkan satu cerita, aduii bila diingat2 kenapa la jadi ke adik ipar saya, kesian kat dia, dah la nak jumpa yang di berkenan susah sgt, bila dah jumpa, bila hati dah suka dah cinta kenapa ibubapa yg perempuan tak suka pulak, dulu suka lepas tu tak suka, hish... macam biskut aje ni, ape ke hey nya..Adakah sebab dia bukan majistret, doktor atau kerja gomen maka cintanya dihalang??? Adik ipar saya hensem apa

CaTaTan CUti AwAL MuHARRam

7/12/2010 = 1 Muharram 1432H, tahun baru bagi umat Islam, kita digalakkan membaca doa akhir dan awal tahun, tapi ingat anak-anakku, doa saja tak jadi, kita mesti doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Semoga tahun baru hijrah ini membawa kebaikan untuk kita semua, tingkat dan gandakan amal ibadat dan hidup mendapat keredhaan Ilahi. Tapi itulah kadang2 kita bercakap sedap aje bunyi, nak laksanakan susah jugak, kena ada kekuatan fizikal dan mental jugak tu, yang mesti diingat apa yang Tuhan fardhukan atas kita adalah kewajipan utk kita laksanakan, betul tak, tak buat berdosa, kalau buat dapat pahala, sape tak mahu weh....hidup kita bukan di dunia sahaja, dunia adalah jambatan menuju akhirat, yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Untuk anak2 mama, Muhammad, semoga harapan nak hafaz 30 juz Al-Quran tercapai, hai.. boleh ke tu, cuti sekolah, buku dan Quran pun sama cuti ke?? Aisyah, UPSR tahun depan macamana ye, ada harapan genggam banyak A tak, teringin jugak anak mama macam anak org lain, A

CuTI-cUTI de BaLInG

Tepat 8.15 pagi 3 Dis. 2010, kami sekeluarga bertolak ke Baling, Kedah dalam renyai2 hujan musim tengkujuh. Biasalah negeri Pantai Timur, musim bah kata orang Kelantan. Perjalanan ke Baling mengambil masa kira-kira 4-5 jam, tapi musim2 gini perlu hati2, jln licin. Baca doa dan selawat semua, kataku pada anak2, moga2 perjalanan kita dilindungi Ilahi. Cuaca sejuk membuatkan perjalanan selesa, anak2 pun tak banyak kerenah. Tak sampai separuh perjalanan masing2 dah terlelap. Melalui lebuhraya timurbarat, kadang2 membuatkan aku ngeri, berita2 tentang kemalangan dan kesan2 yg tinggal akibat kemalangan itu membuatkan aku jadi takut. Tapi pemandangan hutan, gunung-ganang melenyapkan semua perasaan, alangkah takjubnya ciptaan Allah. Kabus hampir menutup pemandangan, pandu kereta tak perlu laju, kataku pada suami, kita bukannya hendak berlumba kita nak makan angin. Melepasi sempadan Kelantan-Perak, cuaca yang gelap bertukar cerah, alangkah besarnya kuasa Allah, sebentar tadi dilangit Kelantan,

CUTI SEKOLAH

Cuti persekolahan telah pun bermula. Anak perempuan tunggal awal2 lagi dah ke rumah maksaudaranya iaitu adikku di Baling. Besok kami pun nak pergi pagi2 lagi ke Baling, nampaknya kena sarapan kat luar lah ye.. jangan marah suamiku, beri peluang isterimu beristirehat dari membuat sarapan pagi ... kwang..kwang..kwang..
Hari ni hari pertama saya cuba untuk jadi seorang blogger, boleh ke ye...berdebar-debar rasa hati. Fokus apa yang saya nak cuba tulis ye..