Kahwin lari VS Orang Tua Tak Suka @ Restu..

Mula2 nak tanya sikit, sape yang dolu2 tu pernah kawin lari, angkat tangan!!! Apakah korang sekarang bahagia atau derita... ape sebab korang kawin lari... fulamak macam kaunselor pencen je.. Tajuk kat atas tak de kena-mengena ngan saya, tapi mungkin ada kena ngan orang lain. Tapi gitu lah artikel ni bukan ada apa2, cuma nak ingatkan diri sendiri sebab kita ada anak, yg akan jadi remaja, satu masa yang penuh dengan warna-warni dan pancaroba. Kita dah lalui semua itu, jadikan segala kita pernah lalui jadikan panduan untuk didik anak2 beserta dengan doa pada Allah swt.

Disini saya nak lakarkan satu cerita, aduii bila diingat2 kenapa la jadi ke adik ipar saya, kesian kat dia, dah la nak jumpa yang di berkenan susah sgt, bila dah jumpa, bila hati dah suka dah cinta kenapa ibubapa yg perempuan tak suka pulak, dulu suka lepas tu tak suka, hish... macam biskut aje ni, ape ke hey nya..Adakah sebab dia bukan majistret, doktor atau kerja gomen maka cintanya dihalang??? Adik ipar saya hensem apa macam Lan Petpet, hensem kan... makcik pakcik jgn lupa rezeki di tangan Tuhan, mana tahu esok hari dia jadi tauke perabut, sebab adik ipar ni kerja sendiri buat perabut, boss jugak tu, makcikpakcik. Last2 nak tahu jadi apa... dua-dua dh sama2 gila tak boleh nak pisah, korang tau, diorang kawin lari kat mana lagi, jln yang paling mudah... sawadikap!!! Nasib baik lah mertua saya, fuhh!! paling sporting, paling baik atas dunia, redha dgn apa yg terjadi, nak buat mcm mana katanya, dh jodoh dia mcm tu, tapi adik ipar tu kena ingat, kena jernihkan suasana dapat keredhaan dan restu dari ibubapa mertua, semoga hidup bahagia dunia dan akhirat, dan ingat kita jua akan jadi org tua, ada anak... takut2  ada kifarah Tuhan pada kita pulak, nauzubillah.

Dari kisah di atas, kita sama2 ambil iktibar, sekiranya anak2 dah berkenan dgn seseorang, cubalah restu dgn pilihannya tu, sekiranya pasangannya tidak memudaratkan anak kita seperti berpenyakit, penagih dll yg berkaitan, cuba selami hati dan perasaan mereka dan cuba letakkan diri kita di tempat mereka, ingat kita jugak pernah muda... Untuk anak2, cuba juga fahami perasaan org tua kita, tiada ibubapa yang ingin anaknya derita. Ingat tu anak2 mama semua, muhd, aisyah, hadi, qayyum dan hakim. Jalan paling terbaik, sembahyang dan doa jgn dilupa, cuba buat sembahyang istikharah, insyaAllah akan ada petunjuk dan jalan penyelesaian yang akan Allah berikan di situ.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka