CaTaTan CUti AwAL MuHARRam

7/12/2010 = 1 Muharram 1432H, tahun baru bagi umat Islam, kita digalakkan membaca doa akhir dan awal tahun, tapi ingat anak-anakku, doa saja tak jadi, kita mesti doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Semoga tahun baru hijrah ini membawa kebaikan untuk kita semua, tingkat dan gandakan amal ibadat dan hidup mendapat keredhaan Ilahi. Tapi itulah kadang2 kita bercakap sedap aje bunyi, nak laksanakan susah jugak, kena ada kekuatan fizikal dan mental jugak tu, yang mesti diingat apa yang Tuhan fardhukan atas kita adalah kewajipan utk kita laksanakan, betul tak, tak buat berdosa, kalau buat dapat pahala, sape tak mahu weh....hidup kita bukan di dunia sahaja, dunia adalah jambatan menuju akhirat, yang kekal abadi untuk selama-lamanya.

Untuk anak2 mama, Muhammad, semoga harapan nak hafaz 30 juz Al-Quran tercapai, hai.. boleh ke tu, cuti sekolah, buku dan Quran pun sama cuti ke?? Aisyah, UPSR tahun depan macamana ye, ada harapan genggam banyak A tak, teringin jugak anak mama macam anak org lain, A bersusun dlm buku rekod, bukan nak bangga diri tapi teringin...Hadi, anak ketiga, kadang2 sukar difahami perangai dan lakunya, ada masa rasa kesian, marah dan geram..grrrr Sabar aje la...Qayyum, 2011 darjah 1 mr. bean mama ni. Hakim, harap2 kenakalan tu akan berkurangan sikit bila umur dah 5 tahun, boleh tak mr. stokin? Abah...anda adalah suami dan bapa mithali... (mintak duit sikit hi..hi..hi.. jgn marah) Mama.. garang tak??? Boleh tahan la, spt Hakim kata macam pelepah nyiur...

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka