CuTI-cUTI de BaLInG

Tepat 8.15 pagi 3 Dis. 2010, kami sekeluarga bertolak ke Baling, Kedah dalam renyai2 hujan musim tengkujuh. Biasalah negeri Pantai Timur, musim bah kata orang Kelantan. Perjalanan ke Baling mengambil masa kira-kira 4-5 jam, tapi musim2 gini perlu hati2, jln licin. Baca doa dan selawat semua, kataku pada anak2, moga2 perjalanan kita dilindungi Ilahi.
Cuaca sejuk membuatkan perjalanan selesa, anak2 pun tak banyak kerenah. Tak sampai separuh perjalanan masing2 dah terlelap. Melalui lebuhraya timurbarat, kadang2 membuatkan aku ngeri, berita2 tentang kemalangan dan kesan2 yg tinggal akibat kemalangan itu membuatkan aku jadi takut. Tapi pemandangan hutan, gunung-ganang melenyapkan semua perasaan, alangkah takjubnya ciptaan Allah.
Kabus hampir menutup pemandangan, pandu kereta tak perlu laju, kataku pada suami, kita bukannya hendak berlumba kita nak makan angin. Melepasi sempadan Kelantan-Perak, cuaca yang gelap bertukar cerah, alangkah besarnya kuasa Allah, sebentar tadi dilangit Kelantan, cuaca mendung dengan hujan, tapi di langit Perak cuaca bertukar cerah tanpa hujan, walaupun kita berkongsi langit yg sama..
Aku suka pergi ke Baling, sebab ada bukit ada gunung, cantik pemandangan tu. Sebab tempat sebegitu mengingatkan aku pada suasana semasa kecilku di Kg. Simpang Tiga, Parit, Perak. Kampungku dulu dikelilingi bukit dan cangkat, ada anak sungai mengalir, tempat aku kononnya jadi pengail ikan, takpun jadi pendulang bijih timah...
12.30 tghri, kami selamat sampai di rumah adik aku, rumah barunya di Baling, boleh tahan jugak suamiku pandu kereta, aduii tapi yg aku paling tak tahan bila sakit kepala datang menghinggap, semua kerja jadi tak kena, apalagi nak hilangkan sakit telan ubat, dan zzzz...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Catatan duka