Posts

Showing posts from 2017

Kisah sedih kawanku.

Hr ni 2.8.2017, aku menerima perkabaran buruk dr kawanku berkenaan kwnku yg sorang lg. Kwnku itu telah dicerai oleh suaminya setelah hampir 5 thn berumahtangga, ya Allah bantulah kwnku itu, beri ketenangan pdnya. Kwnku itu merupakan isteri kedua kpd seorang lelaki yg juga aku kenali...Takku sangka mrk suami isteri. Kabar duka ini terjadi setelah isteri pertama dpt mancium berita yg dia telah bermadu. Diserangnya kwnku dipejabat yg bersebelahan dgn pejabat suaminya. Setelah hampir 2 minggu perkara tersebut berlaku, hr ini kwnku menerima takdirnya bercerai tanpa rela... terpaksa kerana ugutan bunuh yg diterima dari isteri pertama. Ya Allah...Kesian kwnku. Aku ckp pd kwn baikku yg menyampaikan berita itu... Kak Amy ckp la pd Ros, bykkan berdoa terus sujud pd Ilahi, minta kekuatan pd nya... airmataku masih mengalir saat ini mengenangkan kwn aku itu... kasihan dia. Ya Allah...

Catatan duka

    Dalam catatan yang lepas, saya amat teruja berjumpa semula rakan2 semasa kecil saya...gembira amat2 gembira..syukur padaMu Ya Rabb. Namun kegembiraan itu kami dikabarkan berita duka sahabat kami Sharidatun yg saya nukilkan namanya dlm posting tersebut...yg akan menerima menantu tunggal. Sahabat saya itu memang diketahui ada penyakit tapi tak sangka penyakitnya begitu serius.... wasap personal saya padanya diberitakan dari ujian yang dia jalani telah menunjukkan tulangtemulang semakin patah sedikit demi sedikit...Allahuakbar, menangis saya membaca tulisannya itu...bagi saya begitu besar ujian dari Allah untuknya. Tapi kawan saya itu tampak sentiasa ceria. Dari bacaan, dari ustaz yang saya baca dan dengar...Allah memberikan ujian setiap hambanya mengikut kekuatan insan itu, sahabat saya termasuk dlm hamba pilihan Allah, yang insyaAllah mendapat ganjaran yang besar di akhirat nanti. Sharidatun...saya sentiasa doakan semoga kamu diberi kesembuhan oleh Allah swt. Saya b

PoLItIk....pOliTik..POLITIK

Sehari dua nih..eh2.. bukan dh berbulan-bulan, politik Malaysia ni makin panas..makin panas, pada saya le kut sbb kecenderungan saya mengikuti perjalanan politik Malaysia, sementelah pulak boleh dikatakan semua adik beradik saya minat berbicara pasal politik, tapi takder pun yang jadi Ketua Cawangan apatah lagi YB..haha.... Dalam group wasap keluarga kami bila ada isu, dlm tu lah berbahasnya, almaklum duduk jauh2...bila sesekali berjumpa..oiii macam2..seronok.. takder rahsia kau sokong sapa kau pangkah sape...tiada istilah undi itu rahsia, demokrasi kan. Tapi ingatlah sebagai makhluk yang bergelar manusia kita akan dipersoalkan setiap yang kita buat di dunia ini di akhirat nanti, ada pembalasan nya... Kecenderungan saya adalah pada parti yang berteraskan Islam, dulu tak perlu fikir panjang untuk pangkah sape....andaikata parlimen dibubarkan tahun ni saya dah boleh buat pilihan sape nk saya pangkahkan...BN mmg tiada dalam senarai...huhu..sorry... ☺ , yang jadi masalah sekarang ni

Ingatan buat teman-teman

Tanggal 30 April 2017 merupakan hari yang bahagia untuk seorang teman, kawan dan sahabat sewaktu kecil saya, Sharidatun yang menerima menantu.....satu2nya menantu kerana anaknya tunggal, semoga kebahagiaan akan melingkari kehidupan anakmu kawanku, doakan yang terbaik untuk mereka dari dunia hingga akhirat. Begitu lah pusingan hidup kita sebagai manusia, dulu kita anak kecil kepada kedua orang tua kita, kemudian menginjak dewasa bertemu jodoh masing2...alhamdulillah, dikurniakan cahaya mata...syukur kepadaMu Ya Rabb, terasa sempurna kehidupan. Dalam kegembiraan terselit jua kesedihan, Ya Allah anakku telah menemui kehidupannya sendiri...seperti saya...menghitung hari demi hari, Ya Allah lambatkan lah perjalanan masa ini, biar anakku kekal bersamaku lagi...tapi mustahilkan???? Anak saya yang sulung sudah 20 tahun, tinggi cita-citanya ingin melanjut pelajaran ke Universiti Madinah, dalam helaan nafas berbaur harapan dan kesedihan...makbulkan segala impiannya Ya Allah. Hidup k