Posts

Showing posts from August, 2011

Bulan Ramadhan Bulan Rahmat

Hari ini sudah 2 Ramadhan 1432H bermakna sudah 2 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya dari kecil sampai kini...saya dah 43 thn, masih menunggu2 bulan ni, entah kenapa saya amat suka dan kalau lah boleh di atur2, biarlah setiap bulan adalah Ramadhan, tapi tak mungkin begitu kerana Allah swt lebih mengetahui. Sebelum tu saya ingin merakamkan rasa sedih di atas pemergian mak saudara yang saya panggil Mokcik pada 17hb. Julai 2011 bersamaan 14 Syaaban 1432H, tak sempat untuk mokcik merasai Ramadhan pada tahun ini, Ramadhan 2010 merupakan Ramadhan yang terakhir untuk mokcik, Alfatihah utk mokcik, saya amat menyayangimu sampai bila2. Tahun ni anak saya Qayyum 7 tahun belajar berpuasa, adiknya Hakim pun macam tu, balik kerja petang semalam, ambil Hakim dari Tadika, Hakim puasa ke.. saya tanya.. poco  (puasa) jawabnya, betul ke, betul! mulut busuk ni.., betul le kut dia puasa kata saya pada suami, saya rasa perut Hakim, lembik dan kempis, eh Kim, hakim jgn posa deh, bukak posa,