Bulan Ramadhan Bulan Rahmat

Hari ini sudah 2 Ramadhan 1432H bermakna sudah 2 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya dari kecil sampai kini...saya dah 43 thn, masih menunggu2 bulan ni, entah kenapa saya amat suka dan kalau lah boleh di atur2, biarlah setiap bulan adalah Ramadhan, tapi tak mungkin begitu kerana Allah swt lebih mengetahui. Sebelum tu saya ingin merakamkan rasa sedih di atas pemergian mak saudara yang saya panggil Mokcik pada 17hb. Julai 2011 bersamaan 14 Syaaban 1432H, tak sempat untuk mokcik merasai Ramadhan pada tahun ini, Ramadhan 2010 merupakan Ramadhan yang terakhir untuk mokcik, Alfatihah utk mokcik, saya amat menyayangimu sampai bila2.

Tahun ni anak saya Qayyum 7 tahun belajar berpuasa, adiknya Hakim pun macam tu, balik kerja petang semalam, ambil Hakim dari Tadika, Hakim puasa ke.. saya tanya.. poco (puasa) jawabnya, betul ke, betul! mulut busuk ni.., betul le kut dia puasa kata saya pada suami, saya rasa perut Hakim, lembik dan kempis, eh Kim, hakim jgn posa deh, bukak posa, sampai rumah minum air deh, makan nasi. Qayyum plak, sampai aje kat rumah, nampak Qayyum letih, lesu, puasa Yum, angguk kepala pun lemah, kalau tak larat, buka la.. tak po ko mama..tak po, Ayum kan tak cukup umur lagi..Hadi pulak nak puasa habis, abah janji nak bagi RM 2.00 sehari, 30 hari RM 60.00 Hadi, takkan tak nak. Anak dara nan sorang tu tak payah janji apa2 sebab dia dh tahu tujuan puasa, begitu juga ngan Muhammad anak sulung, bulan puasa ni kesian jugak kat Muhammad duduk di asrama apa yang dimakannya. Ayam, daging tak makan...yang dia tahu ikan..ikan.. tak de nikmat hidup kata saya padanya, tapi mungkin berkat makan ikan dia mudah menghafal ayat Quran.

Ramadhan tahun ni, saya janji dgn diri dan suami nak pegi tarawih, kuat le semangat, bukan apa ngantuk...kena bawak anak2 nak tinggal kat rumah, cuak jugak nanti nak sembahyang pun tak khusyuk. Cuba nak habiskan 30 juzuk Al-Quran, mudah2an Allah makbulkan, bulan ni boleh la nak bangun sembahyang tahajud, kalau bulan lain, aduhai...tapi kena ingat umur dah 40 an takkan tak de perubahan.. betul tak! Memang bulan Ramadhan ni kita merasa nikmat dan berkatnya..betul..kita boleh merasainya. 

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka