Posts

Showing posts from 2012
Hariraya Aidil Adha baru saja kita sambut, semoga jemaah haji di Tanah Suci yang akan kembali ke tanah air akan mendapat haji yang mabrur. Pada hariraya baru ni saya dan suami tak buat korban, cuma adik saya buat akikah untuk anaknya. Sekarang ni kita sudah berada di tahun2 akhir 2012 dan akan menyambut tahun baru hijrah yakni awal Muharram pada minggu depan, apakah persiapan kita menjelang bertambahnya umur yang akan semakin memendekkan kehidupan kita di dunia ini. Bila bercakap tentang bab kehidupan yang kita tidak tahu di manakah penghujungnya, kadang2 boleh menimbulkan bermacam2 rasa didalam jiwa .... sedih, takut, gembira bercampur aduk tapi yang teratas mestilah kesedihan yg tak mungkin dapat dibendung sekiranya berlaku kematian insan yang terdekat dengan kita..namun apa jua kita perlu redha dan berdoa semoga yang terbaik menjadi milik kita. Baru2 ni anak saya Muhammad yang belajar di Maahad Darul Anuar, sekolah kepunyaan anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, cakap

Catatan waktu terluang

Agak lama benar saya tak buka blog saya... entah kenapa rasa malas menempel dalam diri, mungkin keletihan dan kepenatan membataskan pemikiran, hey...tapi saya baru 44 thn. Saya ingat bila bila dah berhenti kerja, saya akan mempunyai masa senggang yang banyak, rupa2nya saya silap...kadang2 masa begitu cepat mengejar kita sehingga saya rasa seperti mahu tersungkur. Sekarang kita berada di bulan Oktober 2012, hampir ke penghujung tahun, apakan matlamat kita yg ingin digapai dan dicapai pd tahun ini telah berada di dalam pelukan..atau masih jauh dari jangkauan... tp sebagai insan kita sekadar dapat berusaha dan berdoa yg dapat menentukan hanya Allah swt, yakin dan teguhkan pegangan pada Ilahi, insyaAllah hidup kita tidak akan dibelenggu kekecewaan, namun sebagai manusia, senang bercakap melaksanakannya amat susah. Dari pengalaman, betul seperti kata Ustaz Azhar Idrus kadang2 kita seperti bertuhankan duit, ada duit kita jd semangat, bila duit kurang kita jd layu dan lesu, macam saya, se
Saya nak sambung sikit jer cerita yang hari tu...sekarang ni saya dan suami sedang berikhtiar dlm mengubati penyakit suami saya itu, dah lima org ustaz kami temui disamping berusaha cara sendiri dengan solat hajat dan membaca Al-Ouran, insyaAllah, Allah tidak akan menghampakan doa dari hambaNya. Baru2 ni saya dah daftarkan anak sulung saya Muhammad untuk menunaikan umrah pada bulan 5 2012 ni, mudah2an termakbul doa dan hajatnya selama ini untuk mengunjungi Tanah Suci Mekah bersama neneknya, walaupun rancangan awalnya saya dan dia akan ke sana, tapi oleh kerana suami saya tak berapa sihat, saya terpaksa batalkan rancangan tu sebab suamipun agak keberatan. Moga2 impian kami berdua untuk menunaikan haji bersama akan terlaksana...eh mcmana nk pergi daftar haji pun belum. Aduii .... malas ler plak nak menaip ni...masa ni saya duduk sorang2 suami saya pergi ke Padang Perdana Kota Bharu ada solat hajat dan ceramah...politik ler apa lagi kan dekat nak mengundi..aper??? sokong parti maner??

DUGAAN, MuSIbAh ataU uJiAn!!!!

Ingat lagi catatan2 saya yg terdahulu...saya memohon kpd Ilahi kebahagiaan hidup di dunia & akhirat, bahagia bersama keluarga, di jauhkan dari segala dugaan yg boleh menggugat ketenangan hati, ya..saya akui amat takut pada sebarang dugaan & ujian dari Allah, pdMU aku berlindung dan memohon pertolongan. Mungkin pembaca...hahaha.. perasan ada peminat, tak per lah sekurang2nya lepas jugak gatal tgn saya ni dpt mencurah isihati dan cerita, ye lah nak jadi novelis  tak kesampaian, cita2 ku terdampar dilautan sepi... ye mungkin pembaca tertanya2.. ape hal le plak si manjaisa tu... Gini citernya... sebulan nan lalu.. suami saya mengalami masalah tak boleh tidur, asal2nya dia jadi kembung perut, angin tak lepas, jadi pernafasan pun terganggu ler...dlm hati berkata..laki aku nak mati ker...ya Allah, lanjutkan usia suami ku, ye lah saya baru aje berhenti kerja, dah rasa seronok duduk kat rumah, almaklum suami bagi jugak gaji...Kami dah pergi ke 3 buah klinik, satu klinik tu memang dah

catatan yang terlewat

Melihat pada tajuk di atas mesti ada yang tertanya2 kenapa?? Betul catatan ni saya rasa terlewat..lewat utk mengucapkan tahun baru masihi 2012...sebabnya internet di rumah saya bermula 1 Januari 2012..jem..entah aper2, bil tak pernah tertunggak, nasib2 dah la hari tu hari pertama saya jadi surirumah sepenuh masa, ishh buntu fikiran. Tulisan ini saya tulis sementara nak tunggu ambil anak di Tadika Pasti pukul 12.00 tghari..kejap tadi baru selesai masak sup ayam..nasi lepas ni baru nak tanak..senanggg pakai periuk letrik, pakai petik2 jer...letih jugak sebenarnya duduk kat rumah ni, ingatkan boleh le tido...hampeh..bermula 5.45 pagi kena bangun utk siapkan anak sekolah... lepas tu masak utk tengahari, pukul 12.00 ambil anak ditadika..pukul 1.15 anak di sekolah rendah..2.30 anak di sekolah menengah..pukul 3.00 ptg bleh la rehat sikit, lelapkan mata 30 minit. mengantuknya....tido kejap..zzzzz