Catatan waktu terluang

Agak lama benar saya tak buka blog saya... entah kenapa rasa malas menempel dalam diri, mungkin keletihan dan kepenatan membataskan pemikiran, hey...tapi saya baru 44 thn.

Saya ingat bila bila dah berhenti kerja, saya akan mempunyai masa senggang yang banyak, rupa2nya saya silap...kadang2 masa begitu cepat mengejar kita sehingga saya rasa seperti mahu tersungkur. Sekarang kita berada di bulan Oktober 2012, hampir ke penghujung tahun, apakan matlamat kita yg ingin digapai dan dicapai pd tahun ini telah berada di dalam pelukan..atau masih jauh dari jangkauan... tp sebagai insan kita sekadar dapat berusaha dan berdoa yg dapat menentukan hanya Allah swt, yakin dan teguhkan pegangan pada Ilahi, insyaAllah hidup kita tidak akan dibelenggu kekecewaan, namun sebagai manusia, senang bercakap melaksanakannya amat susah.

Dari pengalaman, betul seperti kata Ustaz Azhar Idrus kadang2 kita seperti bertuhankan duit, ada duit kita jd semangat, bila duit kurang kita jd layu dan lesu, macam saya, sekarang saya dah tak bekerja, suami kerja sendiri, ada masa banyak ada masa sikit, bila masa sikit, saya rasa macam gelabah... tapi alhamdulillah, Allah kurniakan pada saya seorang suami yg cukup2 baik, sabar dan menyerah segala kehidupannya hanya kepadaNYA. Suami saya selalu cakap, rezeki ada dimana-mana kita hanya berusaha, jgn kita jadi syirik...takut saya. Sudah 18 tahun rumahtangga kami, syukur pada Allah yg selalu mempermudahkan jalan utk kami, memang kadang2 berliku tp tiada duri yang mengait di kaki.

Anak saya nombor 3, Muhammamad Abdul Hadi dah hari ketiga menghadapi ujian UPKK kelas fardhu ain, walaupun peperiksaan ni seperti kurang sangat diberi perhatian almaklumlah periksa utk agama..tapi saya amat mengharapkan dia akan mendapat kejayaan yg baik, seperti abang dan kakaknya dahulu, saya bangga kalau anak2 cemerlang dlm matapelajaran agama, mungkin saya seorang ibu yg terbalik dlm mendidik anak, bukan apa saya takut tiada anak yg akan akan mendoakan utk saya dan abah mereka bila kami mati nanti...takut gelap kubur, sekurang2nya kalau amalan kurang adalah jugak doa dari anak2 untuk menutup lubang2 azab. Bimbang akan anak2 jika tiada tahu hal agama, macamana nak bimbing keluarga mereka nanti sekiranya nak bawak diri sendiri pun tak boleh, rugi hidup di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Takut Allah akan tanya kita, kenapa kita tak ajar anak2 soal agama. Untuk anak2 Muhammad Abdul Aziz, Aisyah, Muhammad Abdul Hadi, Muhammad Abdul Qayyum dan Muhammad Abdul Hakim, mama dan abah bagi nama yg terbaik dh utk anak2 semoga sebutan nama yg baik akan menjadi doa utk kalian di masa depan.

Alamak dah hampir pukul 11 pagi, kena masuk dapur pulak... pukul 12 ambil Hakim, 12.45..Qayyum..2.30 Aisyah, 4.00 ptg htr Qayyum kelas tahfiz, 5.30 ambil Hadi, 6.00 ptg.. abah ler plak ambil Qayyum, lenguh kaki dah. Aduhhh....amat meletihkan.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka