Sambungan dari catatan  banjir tadi, inilah pertama kali saya merasai pengalaman banjir, terpaksa berpindah meninggalkan rumah. Petang 23 Dis 2014, kawan yang tinggal di Pendek, 1 km dari rumah telefon memaklumkan air sudah melintas jalan dirumahnya, pesannya beli lilin takut tak de elektrik...ada dh standby, saya jawab. Tak terdetik, terfikir di dalam hati yang air tesebut akan memenuhi seluruh kampung, Ya Allah....

  Cik (mak) balik dari kedai runcit beritahu air sungai dh masuk dlm longkang depan kedai Mat Din, masa tu jugak tak terfikir itu penanda musibah yang akan melanda, Ya Allah...kerdilnya aku....
   
  Keesokan hari, dalam rumah air sudah setakat betis, kebetulan cuti sekolah, adik2 saya bersama keluarga balik bercuti, rumah kami penuh dengan budak2, Ya Allah... kakak saya yang berada di Pasir Hor dtg utk mengambil anak2 kami utk dibawa ke rumahnya, kawasan rumahnya agak tinggi, keretanya diletakkan nunnnn........... 1km jauhnya, jalan dh tak boleh dilalui...kereta kancil yang diletak dijalanraya dh tenggelam...ya Allah...alhamdulillah kereta innova kami agak tinggi, selamat dari air. Jam 11.00 pagi , saya, suami, anak sulung, cik dan adik terpaksa meninggalkan rumah kerana pada masa itu air diluar rumah sudah separas pinggang, di dalam rumah setakat paha, mujur satu bahagian di rumah cik masih agak tinggi, disitu lah kesemua barang2 elektrik kami letakkan. Di dalam keadaan itu yang paling membuatkan saya sebak, tiada kedengaran bunyi azan kerana bekalan elektrik terpaksa diputuskan...ya Allah...

  Pada 27 Dis. 2014, saya bersama suami cekalkan hati meredah banjir dari rumah kakak di Pasir Hor, utk makluman hanya rumah kakak dan jirannya sebanyak 4, 5 buah saja yang tak dinaiki air kerana kawasannya agak tinggi, seperti pulau...nasib baik dirumahnya stok makanan agak banyak utk menampung seramai 23 orang di dlm rumah tu.....Saya dan suami keluar dari rumahnya pukul 2.30 ptg, bibir dan hati sentiasa berzikir padaNya, tiada daya dan upaya kami ya Allah tanpa pertolonganMu, kami meranduk air yang sesetengah tempat masih lagi di paras dada...kami sampai di rumah pukul 6.00 ptg. Ya Allah sunyinya kampungku....


Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka

PoLItIk....pOliTik..POLITIK