Posts

Showing posts from September, 2011

fACe BoOK

Saya sebenarnya dah lama nak cerita fasal buku wajah @ facebook ni. Saya percaya setiap dari kita ada akaun facebook, betulkan? Dari yang belum sekolah hingga yang bertaraf atuk dan nenek, tak percaya... betul, kalau yang berumur 45 dah ada cucu kan dah masuk golongan atuk dan nenek. Saya ada akaun facebook kalau tak silap tahun 2009, baru 3 tahun rakan2 saya baru ada dlm lingkungan 100 lebih yg tu termasuk anak2, suami dan adik-beradik serta saudara mara, kalau nak kira rakan2 yg sebenar berapa jer.. Sebenarnya kita patut bersyukur pada Allah swt kerana mengurniakan otak pada pengasas facebook ni, nama dia tak ingat le plak, kalau nama melayu mcm Abu ke Ali ke mudah le ingat..saper ye mark ke jullian dh tertukar ngan pengasas wikileak ni...sbb ngan adanya buku wajah, kita dapat bertemu dgn hampir kesemua rakan2 yang dah berpuluh tahun tak bertemu, alhamdulillah. Bagi saya, amat teruja sekali bertemu kawan2 masa kecil-kecil dulu, masa di sekolah rendah berbanding sekolah menengah, ken
Bermula semalam 13hb. Sept. 2011, anak yang ke dua, Aisyah, menghadapi peperiksaan UPSR, entahlah.. saya pun tak mengharap apa2 keputusan yang terbaik dari anak2 sebab kita sebagai ibubapa pastinya mengenali kerenah, perangai, kelebihan dan kekurangan anak kita. Pun begitu saya tidaklah berserah pada takdir semata2 kerana doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal pastilah seiringan, namun sebagai ibu semestinya saya berkehendakkan yg terbaik dari mereka, tapi saya tidaklah terlalu menekan. Baru ni, anak yang sulung bagi tahu dia terlalu lemah dlm matematik, tak faham langsung katanya, mama nk buat macamana yer..cuti hujung tahun pegi tuisyen le, kalau tak pegi rumah Cik Ma, belajar dengan dia, Cik Ma tu kakak saya merupakan guru matematik..masa bulan puasa, Muhammad nk pegi le belajar dgn Cik Ma nya sbb sekolahnya cuti awal pd sekolah lain, saya tak benarkan, ye lah bulan puasa, org tu balik dari mengajar nk masak lagi, basuh kain.. lagi pun saya rasa susah le kalau Muhammad duduk kat rumah di

HARI-HARI TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN 1432H / 2011

Nampaknya hari ini masuk minggu2 terakhir di bulan penuh kemuliaan ini, sedih..sayu..pilu..bercampur baur dalam hati dan bermain di perasaan, ya Allah lanjutkan usiaku, suami, anak2 dan ibu2 kami untuk bertemu Ramadhan di tahun depan, kedua ayah kami telah kembali kerahmatullah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Sepuluh Ramadhan terakhir, sedang kita melaluinya sekarang, adakah kita antara hamba yg bertuah bertemu dengan malam lailatul qadar, malam penuh keberkatan ini, insyaAllah mudah2an. Suami saya mula beriktikaf di masjid, mengikuti qiamulail yang di adakan di masjid, semoga berkat dan rahmat dari Ilahi turun kepada kami ya Allah. Muhammad, anak yang sulung...tidur berlapikkan toto semata2 nak bangun sembahyang malam, alhamdulillah, dlm usia 14 tahun sudah ada kesedaran itu, mama doakan yang terbaik untuk anak2 semua. Ya Allah,  di kesempatan yang masih ada ada ini, saya memohon yang terbaik untuk diri sendiri, suami, anak2..Muhammad, Aisyah, Hadi, Qayyum dan Ha