Bermula semalam 13hb. Sept. 2011, anak yang ke dua, Aisyah, menghadapi peperiksaan UPSR, entahlah.. saya pun tak mengharap apa2 keputusan yang terbaik dari anak2 sebab kita sebagai ibubapa pastinya mengenali kerenah, perangai, kelebihan dan kekurangan anak kita. Pun begitu saya tidaklah berserah pada takdir semata2 kerana doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal pastilah seiringan, namun sebagai ibu semestinya saya berkehendakkan yg terbaik dari mereka, tapi saya tidaklah terlalu menekan.

Baru ni, anak yang sulung bagi tahu dia terlalu lemah dlm matematik, tak faham langsung katanya, mama nk buat macamana yer..cuti hujung tahun pegi tuisyen le, kalau tak pegi rumah Cik Ma, belajar dengan dia, Cik Ma tu kakak saya merupakan guru matematik..masa bulan puasa, Muhammad nk pegi le belajar dgn Cik Ma nya sbb sekolahnya cuti awal pd sekolah lain, saya tak benarkan, ye lah bulan puasa, org tu balik dari mengajar nk masak lagi, basuh kain.. lagi pun saya rasa susah le kalau Muhammad duduk kat rumah dia, sbb apa.. sebabnya Muhammad tak makan ayam, dia hanya makan ikan sedangkan dirumah Cik Ma yg ada hanya ayam..ayam..ayam.

Oh ya, skrg ni saya bercuti 3 hari, nk bagi sokongan kononnya pada Aisyah sedang menghadapi peperiksaan tu.. syok jugak duduk kat rumah ni, boleh menyangkul, membersih halaman tapi penat tu usah cakap le lepas anak2 balik sekolah... aduhai.. tapi dari riak wajah anak2 tergambar kegembiraan, ye lah keluar aje pintu pagar sekolah, dh nampak muka mama, kalau tak tunggu bas sekolah, tengah panas tengah hujan..kesian. Duduk kat rumah ni boleh la masak yang sedap2 sikit, sbbnya tak loghat dan gaduh.. kalau tidak masak cincai2 aje, sampai suami kata resepi hok tu lo, makan aje la, nasib baik le saya ni jenis nk masak, kalau tak alamat makan nasik bungkus, heee tapi tak rela saya bagi suami dan anak2 makan cap kedai aje tak pasal2 dia syg kan tuan kedai tu, habis tu dh makan masakan org tu aje.. betul tak, sekali sekala x pe jgn dua kali dua kala, tp kalau suami dan anak2 korang x kisah, alhamdulillah..bertuah le korang.

Tahun depan, 2012, insyaAllah saya akan bergelar surirumah sepenuh masa... apa agaknya aktiviti yang boleh saya lakukan selain dari ambil anak dari sekolah dan masak2. Ada bos kat Haemodialisis, kak Jun kata, kau boleh bela ayam, kak Jun pun bela ayam kat rumah, ada 10, 20 ekor, bagus kak Jun kata saya dan rakan, ye lah seorang yg boleh dikatakan bertaraf jutawan ada masa membela ayam, tanam sayur, tanya aje semua sayur dia tanam, pokok durian pun ada.. tanpa ada pembantu rumah, betul saya cakap kak Jun tu dh jutawan, cuma org x tahu sbb stail mcm tu..biasa je, tp engkau sekali keluar zakat, mahu 20-30 ribu, itu yg dia sendiri, syarikat lagi... bila yek saya nk jadi mcm kak Jun, bykkan sedekah..insyaAllah rezeki engkau bertambah, bukan setakat rezeki duit, kesihatan yg baik rezeki jugak tu.. bykkan sembahyang malam, dhuha.. untung dpt bertemu ngan kak Jun dpt ilmu, walaupun adakalanya benda yg dia cakap tu kita dh tahu sekurang2nya jadi peringatan untuk kita.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka

PoLItIk....pOliTik..POLITIK