fACe BoOK

Saya sebenarnya dah lama nak cerita fasal buku wajah @ facebook ni. Saya percaya setiap dari kita ada akaun facebook, betulkan? Dari yang belum sekolah hingga yang bertaraf atuk dan nenek, tak percaya... betul, kalau yang berumur 45 dah ada cucu kan dah masuk golongan atuk dan nenek. Saya ada akaun facebook kalau tak silap tahun 2009, baru 3 tahun rakan2 saya baru ada dlm lingkungan 100 lebih yg tu termasuk anak2, suami dan adik-beradik serta saudara mara, kalau nak kira rakan2 yg sebenar berapa jer..

Sebenarnya kita patut bersyukur pada Allah swt kerana mengurniakan otak pada pengasas facebook ni, nama dia tak ingat le plak, kalau nama melayu mcm Abu ke Ali ke mudah le ingat..saper ye mark ke jullian dh tertukar ngan pengasas wikileak ni...sbb ngan adanya buku wajah, kita dapat bertemu dgn hampir kesemua rakan2 yang dah berpuluh tahun tak bertemu, alhamdulillah. Bagi saya, amat teruja sekali bertemu kawan2 masa kecil-kecil dulu, masa di sekolah rendah berbanding sekolah menengah, kenapa??? sebabnya masa tu kita baru mengenal erti hidup, kita lebih jujur dalam persahabatan, kita masih putih bersih seperti kain putih. Macam saya melalui facebook, saya telah bertemu dengan Sharidatun Ibrahim, Hasimah Hashim, Suraimah Mohamad, Rosnizam Abdullah dan sekarang saya masih menjejaki rakan2 seperti Puspawati Mohd Said, Norsiah, Asiah, Julaidah Seedovardi, Fadzilah Mat Zin dan ramai lagi yang saya dh tak ingat nama...di mana kah kalian semua terutamanya Puspawati atau Suri... saya amat merindui kalian.. Mungkin siapa yang membaca blog saya hairan macamana saya boleh terpisah...dulu saya tinggal di Perak tapi sekarang dah pindah di Kelantan, almaklum zaman 80 an dulu kemudahan komunikasi bukan macam sekarang setiap seorang ada telefon genggam, sampai yang baru lahir dah ada telefon tangan...betui ke tu!!!

Tapi yang saya nak cakap, facebook ni ada kebaikan dan keburukannya, kalau siapa yang lupa di mana kita berdiri alamatnya bila dah jumpa kekasih lama dalam facebook dan main plak ayat2 dahulu kala, apa nak jadi weh...mula la tergapai2 diawangan lupa anak, isteri atau suami, takutnya..ada plak tu pantang ada yang add kat kita semuanya terima, aduii..apo kono eh jang, nak terima sebagai kawan pun agak2 la, jangan semuanya disumbat masuk dlm senarai kita pas tu siap bagi no. tipon lagi... ni saya paling tak setuju, kecuali la seperti yang saya tulis diatas seperti kawan lama yang kita telah kenal hatibudinya. Pada anak2, saya dah pesan, berpada-pada lah dalam ber'facebook', jangan sampai melanggar tatasusila dan dibimbangi melanggar batas2 agama kita, saya ni mungkin boleh dikira bernasib baik kerana suami saya kurang suka sangat benda2 macam ni, facebook dia pun saya yang update, pada yang add pada suami saya tu, sorry la kalau tak termasuk dlm senarai rakan sebabnya dah kena tapis baik lelaki atau perempuan, suami saya baik...tapi saya takut kebaikannya akan disalahertikan dan diambil kesempatan oleh org lain, bukan nak kontrol laki ye...tapi untuk kebaikan bersama.

Ada kawan saya ni, pening dibuatnya sehari suntuk asyik melayan facebook, tak baik gak macam tu, takut2 terlebih dari batas2 agama, sebab setiap perbuatan akan dikira dosa dan pahala dan saya tak mahu terbabit atau subahat. Fikir2 lah, kita semua buka saje dah dewasa tapi dah nak masuk kategori warga emas, kalau umur Nabi Muhammad swt setakat 63 tahun je.   Kasih dan kasihani diri kita sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka