Catatan duka

  



Dalam catatan yang lepas, saya amat teruja berjumpa semula rakan2 semasa kecil saya...gembira amat2 gembira..syukur padaMu Ya Rabb. Namun kegembiraan itu kami dikabarkan berita duka sahabat kami Sharidatun yg saya nukilkan namanya dlm posting tersebut...yg akan menerima menantu tunggal.

Sahabat saya itu memang diketahui ada penyakit tapi tak sangka penyakitnya begitu serius.... wasap personal saya padanya diberitakan dari ujian yang dia jalani telah menunjukkan tulangtemulang semakin patah sedikit demi sedikit...Allahuakbar, menangis saya membaca tulisannya itu...bagi saya begitu besar ujian dari Allah untuknya. Tapi kawan saya itu tampak sentiasa ceria.

Dari bacaan, dari ustaz yang saya baca dan dengar...Allah memberikan ujian setiap hambanya mengikut kekuatan insan itu, sahabat saya termasuk dlm hamba pilihan Allah, yang insyaAllah mendapat ganjaran yang besar di akhirat nanti. Sharidatun...saya sentiasa doakan semoga kamu diberi kesembuhan oleh Allah swt.

Saya berharap dapat berjumpa dengannya, masa majlis perkahwinan anaknya, saya tidak dpt hadir....ye manusia sentiasa ada saja alasan...anak sekolah, jauh...xder cuti...alasan yang biasa bagi diri saya la. Mudah-mudahan saya dpt bertemu dengannya, kita tidak tahu siapa yang pergi dulu menghadap Ilahi, saya atau dia..itu rahsia Ilahi.
Semoga kita semua mendapat keampunan dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi.


Comments

Popular posts from this blog

PoLItIk....pOliTik..POLITIK