BoRINGnYA DUDUK seOrAng

Apa tajuk yang nak saya buat untuk entri ni, taip citer dulu tajuk kemudian, boleh la kan. Sekarang ni saya di pejabat, curi2 buka blog, sambil intai2 takut boss sampai.. dosa tak saya buat macam tu, bukan apa nak buat catatan kat rumah kadang2 tak sempat, nak masak, basuh kain aduii macam-macam sampai rasa dah habis tenaga.

Hari ni result PMR keluar, tapi saya tak de anak yang ambil periksa tu, anak saudara, anak kengkawan ada la, macamana result mereka sat lagi saya nak telefon. Bercakap pasal periksa ni, kadang2 bila kita hantar anak ke sekolah, mesti kita pesan pada anak2, belajar rajin2, jadi orang pandai lepas tu dapat kerja bagus gaji besar dan fokus kita bila anak nak periksa, mesti target atau skor banyak 'A', saya nak tanya betul ke matlamat kita macam tu... adakah banyak 'A' akan menentukan jatuh bangun atau kejayaan anak kita.. betul ke??? Apakah apa yang kita buat tidak bersandar pada kuasa Allah, memang Tuhan akan berikan atas apa yang kita usahakan, tapi kalau usaha sahaja tanpa doa, memang la Tuhan beri tapi adakah berkat semua itu... Kebanyakan dari kita hanya bersandar pada usaha sendiri dan dengan bangga bercerita pada orang lain, semua kejayaan ini ialah dari usahanya sendiri tanpa sekelumit ayat bahawa Allah yang menentukan segala-galanya.

Suami saya selalu pesan, jangan kita hantar anak ke sekolah hanya untuk jadi pandai dapat banyak 'A', dapat masuk 'U' dan kemudian kerja serta gaji besar, tetapkan matlamat untuk anak belajar 'LILLAHI TA'ALA', tapi saya kan manusia, punya rasa dan keinginan, ingin melihat deretan 'A' dalam rekod anak, untuk rasa bangga anak dapat nombor 1, lumrah insan... Dalam diam2, saya pesan pada anak2, mama tak paksa kamu semua nak baca buku atau dapat banyak A, tapi mama teringin gak anak mama macam anak orang lain... Saya memang tak paksa sangat anak2 untuk baca buku tapi saya cukup marah kalau anak tak sembahyang tak mengaji Al-Quran, betul ke cara saya macam tu, sebab kadang2 saya terikut2 cara ibubapa saya dulu. Saya masih ingat masa kecil2 dulu tiap2 pagi ayah akan kejutkan kami adik beradik untuk sembahyang subuh, bayangkan masa tu pukul 5.30 pagi dan kita pun budak lagi, sejuknya nak bangun... bayangkan dulu2 zaman 70 - 80an guna air telaga, sejuknya sampai ke tulang. Tapi alhamdulillah berkat ajaran tu, insyaAllah kami adik beradik tak curi2 tulang utk tidak sembahyang atau pun puasa. Saya harap anak-anak akan ikut spt saya supaya apabila kita dah berkeluarga tak menyusahkan suami atau isteri untuk menyuruh kita sembahyang, apatah lagi kalau kita sudah ada anak.

Berbalik pada periksa tadi, memanglah setiap kita yang belajar inginkan kejayaan dan sebagai ibubapa pasti akan merasa bangga. Oh ya, anak saudara saya Amer dapat 6A 2B, dan anak kawan saya, Syafiq dapat 7A 1B, sorang lagi anak sedara, Akmal tak pegi tengok lagi, cepat la tengok, makcik nak tahu result macamana. Apa2 pun tahniah utk yg berjaya, yg kurang, itu bukannya penghabisan hidup, masa depan masih panjang, usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal pada Allah SWT, insyaAllah hidup lebih beruntung dan berkat. Untuk anak-anak, Muhammad, tujuan mama dan abah hantar Muhammad ke sekolah tahfiz dan memang Muhammad yang nak, semuanya untuk kebaikan Muhammad sebagai anak sulung dan sememangnya mama bangga kalau anak mama menjadi seorang hafiz dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran, insyaAllah Muhammad boleh lakukan. Sememangnya impian saya dan suami ingin melihat anak2 memilih bidang keagamaan berbanding akademik biasa, mudah-mudahan selamat dunia akhirat, insyaAllah.

Dlm menaip entri ni, dah banyak kali berhenti, kesnya...tipon opis bunyi, mesej kat hp masuk, komputer 'hang' virus le tu, bos datang... pap! I close my blog. Rehat tadi pun keluar makan ngan suami, sebab member yang sorang tu cuti, pergi ambil result anak dia. Memang dlm hidup kita ni banyak gangguan, dari makhluk kasar atau makhluk halus...eeee takutnya. Saya memang penakut, ingat masa mula2 kawin, kat rumah mertua tandasnya di luar, masa tu suami saya tak balik kerja lagi, maghrib pulak hari dah gelap, perut bagai dipulas-pulas, mak nak masak tak, saya tanya pada mak mertua yang memang kebetulan duduk kat dapur, hoo mak masak, bakpo?? tanya mertua, ore sakit perut nok gi jambe.. tak po mak duk dapur la... sporting mak mertua I tu, korang tahu masa saya duduk dlm tandas, aik bunyi apa tu... preh..preh..preh.. lembu ke tadi tak de, dlm hati berkata. Sakit perut punya pasal 'ok' la jugak, tiba2 korang tahu tandas tu bergegar ke langgar ke benda, menyirap darah, saya pun apa lagi...purrr curah air dlm mangkuk tandas terus melompat keluar, yang itu saya basuh kemudian dlm rumah. Dah siap mek, mertua tanya.. dah, relax je saya jawab, mak, lembu boleh lalu ke kat belakang tandas tu, saya tanya slow-slow. Eh, tak dak jale... bakpo... tak dak gapo. Esok saya pergi la kat tandas tu, betul la tak de jln, tapi 'menate' apa yang langgar tandas tu, memang persoalan sampai sekarang tak ada jawapan. Korang fikir apa ye????

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka