Dalam seminggu ni heboh tentang video paling hebat paling sensasi agaknya di tahun 2011. Entahlah saya pun kadang2 kurang faham dengan perangai manusia ni, nak kata bodoh rasanya semua ada ijazah berjela2, tak de la macam saya ni lepasan STPM je... Saya agak Datuk Seri Anwar ni bodoh sangat kut sampai terkantoi 2, 3 kali pasal seks aje, hai kuat sangat ke stamina Datuk ni...saya tabik pada Datin Seri Azizah, nama kita sama la...kuat semangat hadapi apa jua fitnah yang melanda dirinya, nama Azizah memang orgnya kuat semangat kut.

Tulisan saya kali ini agak lari sikit pada kebiasaan, sebabnya rasa geram dalam hati tak tertahan, saya bukan la fanatik sangat pada politik ni tapi saya sentiasa mengambil tahu mengenai politik semasa, rasa macam bodoh aje jadi rakyat Malaysia ni, yg rakyat dok fikir tentang keperluan hidup yg semakin meningkat, tapi pemerintah fikir nk bodohkan rakyat tentang isu yg tak masuk dek akal. Masuk akal tak, DS Anwar sedang menghadapi perbicaraan liwat di mahkamah tiba2 dia buat perangai dgn amoi siam, logik ke... entah lah, lu dan gua fikirlah sendiri.

Bila agaknya fikiran semua rakyat Malaysia sehati dan sejiwa seperti rakyat Mesir yang berjaya mengguling kerajaan kuku besi Hosni Mubarak, BN tak kuku besi... betul ke tu, betul le tu, dia kuku tembaga, kuku besi akan berkarat, tembaga lambat sikit, kalau emas lagi tak luntur,padan muka kita semua, engko undi le dia lagi, lepas ni harga minyak gerenti naik, sebab tsunami dan gempa bumi di Jepun, sebab loji nuklear dah retak..sebab..sebab ah korang cari la sendiri.. banyak sebab dan alasan kerajaan BN nak naik harga almaklum la BN=Barang Naik. Lepas ni kita pakat bagi orang lain ke perintah, bagi pada saya la... gerenti rakyat kaya saya miskin, oii.. boleh caya ke tu belum dapat kuasa semua boleh cakap macam tu. Tapi kalau dapat pemimpin yang berpegang pada ajaran agama terutama Islam, insya Allah semua selamat. Fikir-fikirkan lah... untuk kebaikan anak cucu kita di kemudian hari moga negara kita dapat rahmat dan nikmat dari Allah serta dilindungi dari apa jua musibah.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka

PoLItIk....pOliTik..POLITIK