Hari 18/10/2011, saya rasa gembira sangat sebabnya saya dah buat keputusan yang nekad iaitu nak berhenti kerja, dah pun beritahu boss...lega sesangat...alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana bagi kekuatan pada saya untuk menyatakan hal ini pada boss. Mungkin org akan tanya tak sayang ke nak berhenti, engko dh kerja lama... lagi pun kalau engko berhenti tak de pencen, tak de pampasan almaklum swasta kecik... sayang memang sayang sebab dh 21 tahun bersama syarikat ni, tapi saya hanya ada satu pilihan... dan ini lah pilihannya. Anak2 saya terutama Qayyum seringkali menanyakan soalan yang sama.. bila mama nak cuti lama boleh ambik Qayyum dari sekolah. Mudah-mudahan Allah swt akan senantiasa mempermudahkan jalan hidup saya dan keluarga, sesungguhnya hanya padaMU kami berserah.

Tahun 2012, anak perempuan tunggal saya, Aisyah akan ke Tingkatan 1, saya dan suami bercadang menghantarnya Sek. Agama Arab yang agak jauh sedikit dari rumah, waktu pagi memang la suami saya boleh hantar, masa balik yang susah sikit nak ambil, kalau saya kerja bukankah ini akan menyusahkan. Begitu juga perancangan kami sekiranya diizinkan Allah, mudah2an dimurahkan rezeki ingin menghantar anak bongsu, Hakim ke sekolah rendah tahfiz, kami ingin memperkembangkan lagi bakat dia sebab pada pandangan saya dia cenderung ke arah itu seperti anak sulung saya, Muhammad. Mudah2an perancangan kami suami isteri sama dengan perancangan Allah swt. Apa2 pun saya mohon yang terbaik untuk semua anak2 kami, Muhammad, Aisyah, Hadi, Qayyum dan Hakim. Dan jua saya memohon semoga kami suami isteri di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk melihat kejayaan anak2. Semoga kejayaan di dunia akan dipanjangkan hingga akhirat, insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka