Sebenarnya cerita ni adalah sambungan dari tajuk sebelumnya, saya malas nak edit sebab..isyy macam lama sangat tarikh yg dulu dengan yg ni... tak sempat banyak kerja nak buat, tambah2 masa tu nak akhir cuti sekolah, semua persiapan untuk anak kembali ke sekolah mesti disiapkan. Tapi tu la memang fe'el kita semua kerja mesti last minute.

Hari ni hari pertama persekolahan, anak2 yang lain tak pe la, anak nombor 4, Qayyum baru nak masuk kelas 1, hai.. dah besar2 anak ye... kita pun dah makin jadi veteran. Moga2 panjang umur lah, nak tengok jugak kejayaan anak2, insyaAllah. Anak2 sekarang tak macam kita dulu, semua excited nak pergi sekolah, sebab dah biasa ke tadika tak macam zaman 70an dulu... hari pertama tu la baru kenal sekolah. Tapi saya ingat zaman dulu seronok lah sekolah, tengok zaman sekarang saya sendiri rasa tension dengan corak pembelajaran yang agak lain dari dulu. Dulu-dulu korang nak tahu, kita masuk darjah 1, cikgu ajar tulis A penuh muka surat, kemudian B dan seterusnya 1,2,3.. kelas pun, almaklum lah duduk kat kampung, bangunan dia separuh kayu separuh batu, tingkap pun besar2, kipas, aircond tak dak..fresh air, tapi masa tu tak panas macam sekarang, ye la ozon kita dah nipis.

Saya nak cerita la zaman mula2 masuk darjah 1, cikgu saya, saya ingat nama tapi tak nak sebut lah, takut2 anak atau cucu dia terbaca, sebelum tu saya nak habak mai la, sekolah saya tu atas bukit, kalau tengok teletubbies mesti ingat sekolah tu, kawasan dia tak rata, sebelum kita masuk kelas kita main 'buaya-buaya' , galah panjang atau panjat tiang sekolah... ganas kan!!! Balik pada citer cikgu tadi, dia ngajar sekelamin la, tapi tak tahu la dalam satu hari, apa citer dia lakibini kat rumah, suami dia masuk kelas..., lupa nak cakap isteri dia tu, guru kelas saya, cantik tapi rendah, suka sangat pakai kasut tapak jenis platform, mula2 elok la dia orang ni bercakap2, lama kelamaan suara suami dia makin lama makin kuat... hai suspen kita anak murid ni, ape hal cikgu ni...last2 korang tahu....panggg...sebijik pelempang laki dia bagi kat pipi cikgu tu.... apalagi bertempiaran kami lari keluar kelas tapi ada sorang kawan saya nama dia Imah, kalau dia baca saya punya blog mesti dia ingat... dia sorang je yang stay kat dlm kelas, caya la lu Imah... ape takut dia takkan pukul kita, kata si Imah, betul tu Mah, tapi buatnya laki dia ngamuk tak ke mampus kita!!! Oh ye cikgu kesayangan saya tu naik keta mini, keta apa ye.. mirrors minor kalau tak silap. Tapi sekarang jadi cikgu tak supe dulu... masa cuti cikgu cuti, la ni cikgu ngan murid sama naik, cuti pun ko kena sekolah... pada Konvensyen PR baru ada ada manifesto dia orang nak naik elaun guru RM 500.00 sebulan, ooo...syok la korang, tapi itu kalau PR menang lah... macamana cikgu2 semua, hi..hi..hi.. bukan iklan tapi promosi... ye lah barang2 makin mahal sekarang, macam gaji akak ni tak naik2, maklum la keja swasta.. barang mahal gaji ciput, adil ke macam tu???? Tepuk dada tanyalah hati masing2 nak ke kita dok macam ni....*peringatan: bukan iklan ye cuma promosi je... Buat cikgu kesayangan saya tu, andainya masih ada, semoga cikgu bahagia mesti dh ada cucu atau cicit, sebab saya sekarang pun dah masuk 40an, kalau dah kembali kerahmatullah, semoga cikgu ditempatkan dikalangan org yang beriman, kerana cikgu lah saya mengenal huruf.. ada sorang cikgu tu memang saya tak lupa akan pesanannya masa dlm darjah 3 atau 4, cikgu Tun, dia selalu pesan, bila hari raya harap2 jangan lah pergi panggung wayang, sebab hari tu hari kemenangan kita... bukan cara macam tu nak sambut raya, saya pun tak tahu kenapa dia pesan camtu dan sehingga saya dah berumur 42 tahun, korang percaya tak saya pernah sekali masuk pawagam tu pun sebab terpaksa...

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka