Hari Ibu dan Hari Guru

Setiap bulan Mei setiap tahun kita pasti menyambut dua hari ini, hari ibu dan hari guru. Hari guru rasa2nya dh lama kita sambut, cuma hari ibu sejak kebelakangan ini disambut dgn berbagai2 acara utk menghargainya. Saya akui, saya bukan lah seorang yg terlalu obses tentang sambutan hari2 istimewa ni, baik hari lahir, ulangtahun perkahwinan ke atau apa2 pun saya tak kisah sgt, orang bagi ucapan atau tidak saya x pernah rasa kecil hati, hari jadi anak pun sekadar saya htr sms atau mesej melalui telefon atau facebook saja, bukan tak sayang anak, tapi saya dan suami nak anak tahu bukan hari2 tertentu saja kita meraikan atau nk beri hadiah, sebab perangai saya kalau saya nak belikan apa2 hadiah x kira masa...cuma anak2 kena sabar..

Untuk mengucapkan selamat hari ibu dan nak kata saya sayang pada mak saya, saya agak kekok, tak terucap dibibir walaupun hakikatnya memang saya amat menyayangi dan mengasihi ibu saya..mungkin saya yang lahir di tahun 60 an tidak terdedah dgn amalan ini, tanpa mu ibu dan ayah siapa lah kita...segala kasih sayang yg dicurahkan tidak terbalas rasanya, walaupun kita setiap bulan kita hulurkan sejumlah wang, tp tidak akan dapat membalas segala jasanya, penat lelahnya dalam membesarkan kita, sekiranya kita menjadi orang, tentu bangga hatinya andai sebaliknya dapatkah kita baca apa yang terdetik dlm hatinya??? Terima kasih kepada ibu saya yang saya panggil CIK, tak terbalas rasanya jasamu dlm membesarkan saya dan kemudian menjaga anak2 saya pula. Tapi bila diperhati anak2 kita skrg amat berterusterang dlm menyuarakan isi hati mereka, mcm anak saya yg sulung terlalu berterusterang sampai adakala terasa di hati tp cepat2 saya tepis, sekurang2nya saya tahu isihatinya. Anak yg no. 4 dan 5 mudah mengungkapkan kata2 sayang disertakan dengan peluk ciumnya, sampai saya pernah tanya, bila mama tua nak cium dan peluk mama lagi tak, nk tahu apa diaorang kata, x mau dh takut bini marah...ayo yo...sape punya ajaran ni...

Pada cikgu2, terutama cikgu saya dulu..masa sekolah rendah, cikgu Teh, cikgu Tun, Ustazah Dermataksiah, Cikgu Mat, Cikgu Bedah, Cikgu Jamaliah, cikgu di sekolah menengah.. cikgu Tajudin, cikgu Aji (dgr cerita dh kembali kerahmatullah..terimakasih pada cikgu Aji yg tlh memberi kesedaran kpd saya utk bertudung masa tktn 2 semoga roh cikgu dicucuri rahmat..amin), ustaz Khairani, cikgu Khalid (juga telah meninggal..Al-fatihah), cikgu Avtar Kaur, serta cikgu2 lain yg saya x ingat nama, jasa kalian amat besar...hanya doa dari kejauhan semoga dalam umur yg semakin dimamah usia kalian tetap sihat dan cergas serta sentiasa dilindungi dan diberkati Ilahi. Sesungguhnya kami anak muridmu sentiasa mengingati segala jasa dan bakti kalian... Terimakasih cikgu.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka