2010 dlm kenangan, 2011 menggamit cabaran...

Sesungguhnya 2010 byk meninggal kenangan pahit manis dlm kehidupan kita semua, yg manis pasti terlekat disanubari, begitu jua yg pahit jadikan panduan utk terus menghadapi cabaran dan dugaan. Namun begitu serahkan diri pada Allah swt setelah kita berusaha. Bagi saya tiada yg pahit terjadi dlm hidup saya, tapi berita sedih, adik saya telah bercerai dgn isterinya, saya tak sedih mereka bercerai tapi saya sedih andainya hubungan saya dgn anak saudara yang dua orang tu akan menjadi renggang, jgn begitu ye Akilah dan Asilah, makcik sentiasa menyayangi korang berdua... Begitu juga dgn kawan sepejabat saya yg boleh saya umpamakan seperti kakak saya, juga telah bercerai setelah mengharungi badai rumahtangga selama hampir 20 tahun. Begitulah ketentuan Tuhan ke atas makhluknya, biarpun kita cuba untuk menghindar, namun Tuhan lebih tahu atas perancanganya itu, harapan saya biarlah kesemua orang yang saya sayang tabah dalam menjalani kehidupan, insyaAllah, Tuhan sentiasa bersama orang benar.

2011, selamat datang tahun  baru, tahun ini umur semakin bertambah pendek, harapan saya semoga kehidupan saya dan keluarga bertambah sempurna dari segi keimanan dan ketakwaan kepadaMu ya Allah. 14hb. Januari kawan sekerja, Ariffin kembali kerahmatullah, moga2 rohnya dicucuri rahmat oleh Ilahi. 25hb. Januari, Mak Muda Sepiah, guru mengaji Al-Quran anak saya juga telah meninggal dunia, terima kasih mak muda kerana mu anak2 saya terutama yg sulung, Muhammad dan kedua, Aisyah telah khatam 2 kali Al-Quran dan masih terus mengaji hingga ke akhir hayat mak muda, begitu juga anak2 yg lain, Hadi dan Qayyum, cuma bongsu, Hakim tidak dapat merasa ajaranmu itu. Ya, melihat kematian seorang demi seorang orang yang terdekat dengan kita, amat memilukan, amat menginsafkan betapa kehidupan di dunia boleh diumpamakan sebuah jambatan untuk menuju ke satu dunia yang di panggil akhirat. Lupa nak dicatitkan pada 17hb. Nov. 2010 pada pagi hari raya Haji, abang saya yang berlainan ibu, telah meninggal dunia kerana masalah jantung, biasanya macam tu lah apabila jantung tidak berfungsi seluruh sistem tubuh akan turut terhenti, alangkan besarnya kuasa Allah. Kepada semua yng telah kembali mengadap Ilahi, saya doakan moga2 roh kalian akan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh, saya dan yg lain2 kan turut mengikut jejak kalian antara lambat dan cepat sahaja. Ditahun baru ni saya menerima kabar gembira, anak sulung saya boleh lompat kelas dari tktn 1 ke tktn 3, belajar rajin2 Muhammad, usaha, ikhtiar dan doa pastikan seiringan. Kabar gembira juga adik saya telah bertemu pasangan baru, semoga rumahtangga yang dibina ini akan bahagia, jadikan kegagalan dulu sebagai panduan. Tiada kakak yang sanggup melihat kekecewaan dan penderitaan adiknya.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan duka