Posts

Bulan Ramadhan Bulan Rahmat

Hari ini sudah 2 Ramadhan 1432H bermakna sudah 2 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya dari kecil sampai kini...saya dah 43 thn, masih menunggu2 bulan ni, entah kenapa saya amat suka dan kalau lah boleh di atur2, biarlah setiap bulan adalah Ramadhan, tapi tak mungkin begitu kerana Allah swt lebih mengetahui. Sebelum tu saya ingin merakamkan rasa sedih di atas pemergian mak saudara yang saya panggil Mokcik pada 17hb. Julai 2011 bersamaan 14 Syaaban 1432H, tak sempat untuk mokcik merasai Ramadhan pada tahun ini, Ramadhan 2010 merupakan Ramadhan yang terakhir untuk mokcik, Alfatihah utk mokcik, saya amat menyayangimu sampai bila2. Tahun ni anak saya Qayyum 7 tahun belajar berpuasa, adiknya Hakim pun macam tu, balik kerja petang semalam, ambil Hakim dari Tadika, Hakim puasa ke.. saya tanya.. poco  (puasa) jawabnya, betul ke, betul! mulut busuk ni.., betul le kut dia puasa kata saya pada suami, saya rasa perut Hakim, lembik dan kempis, eh Kim, hakim jgn posa deh, bukak p...

Hari Ibu dan Hari Guru

Setiap bulan Mei setiap tahun kita pasti menyambut dua hari ini, hari ibu dan hari guru. Hari guru rasa2nya dh lama kita sambut, cuma hari ibu sejak kebelakangan ini disambut dgn berbagai2 acara utk menghargainya. Saya akui, saya bukan lah seorang yg terlalu obses tentang sambutan hari2 istimewa ni, baik hari lahir, ulangtahun perkahwinan ke atau apa2 pun saya tak kisah sgt, orang bagi ucapan atau tidak saya x pernah rasa kecil hati, hari jadi anak pun sekadar saya htr sms atau mesej melalui telefon atau facebook saja, bukan tak sayang anak, tapi saya dan suami nak anak tahu bukan hari2 tertentu saja kita meraikan atau nk beri hadiah, sebab perangai saya kalau saya nak belikan apa2 hadiah x kira masa...cuma anak2 kena sabar.. Untuk mengucapkan selamat hari ibu dan nak kata saya sayang pada mak saya, saya agak kekok, tak terucap dibibir walaupun hakikatnya memang saya amat menyayangi dan mengasihi ibu saya..mungkin saya yang lahir di tahun 60 an tidak terdedah dgn amalan ini, tanpa mu ...
Dalam seminggu ni heboh tentang video paling hebat paling sensasi agaknya di tahun 2011. Entahlah saya pun kadang2 kurang faham dengan perangai manusia ni, nak kata bodoh rasanya semua ada ijazah berjela2, tak de la macam saya ni lepasan STPM je... Saya agak Datuk Seri Anwar ni bodoh sangat kut sampai terkantoi 2, 3 kali pasal seks aje, hai kuat sangat ke stamina Datuk ni...saya tabik pada Datin Seri Azizah, nama kita sama la...kuat semangat hadapi apa jua fitnah yang melanda dirinya, nama Azizah memang orgnya kuat semangat kut. Tulisan saya kali ini agak lari sikit pada kebiasaan, sebabnya rasa geram dalam hati tak tertahan, saya bukan la fanatik sangat pada politik ni tapi saya sentiasa mengambil tahu mengenai politik semasa, rasa macam bodoh aje jadi rakyat Malaysia ni, yg rakyat dok fikir tentang keperluan hidup yg semakin meningkat, tapi pemerintah fikir nk bodohkan rakyat tentang isu yg tak masuk dek akal. Masuk akal tak, DS Anwar sedang menghadapi perbicaraan liwat di mahkamah...

Antara dua pilihan

Melihat tajuk di atas bukannya melibatkan pilihanraya yang akan berlangsung di Merlimau atau Kerdau tapi nak ada persamaan mungkinlah jugak, kerana penduduk di kedua kawasan tu terpaksa membuat pilihan samada bulan atau dacing, hijau atau biru tu je. Tapi apa salahnya membuat pilihan yang bukan selari dengan kehendak kita selama ini, buat perubahan untuk kebaikan apa salahnya... Saya sekarang ni dalam dilema, antara kerja dan anak2. Suami saya sudah ada bunyi2 suruh saya berhenti dari kerja untuk bagi tumpuan pada anak2, ya..saya sebenarnya sudah ada pilihan, tapi masih ragu2, istikharah dah dibuat...Tengok keadaan anak2 saya jadi kesian pada mereka, memang ada nenek mereka yang menunggu kat rumah, mesti tak sama dengan ibu. Saya dah tanya anak2 suka tak kalau mama berhenti kerja, semua jawab suka... Macam mana tu ya!!! Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada saya, insyaAllah.

2010 dlm kenangan, 2011 menggamit cabaran...

Sesungguhnya 2010 byk meninggal kenangan pahit manis dlm kehidupan kita semua, yg manis pasti terlekat disanubari, begitu jua yg pahit jadikan panduan utk terus menghadapi cabaran dan dugaan. Namun begitu serahkan diri pada Allah swt setelah kita berusaha. Bagi saya tiada yg pahit terjadi dlm hidup saya, tapi berita sedih, adik saya telah bercerai dgn isterinya, saya tak sedih mereka bercerai tapi saya sedih andainya hubungan saya dgn anak saudara yang dua orang tu akan menjadi renggang, jgn begitu ye Akilah dan Asilah, makcik sentiasa menyayangi korang berdua... Begitu juga dgn kawan sepejabat saya yg boleh saya umpamakan seperti kakak saya, juga telah bercerai setelah mengharungi badai rumahtangga selama hampir 20 tahun. Begitulah ketentuan Tuhan ke atas makhluknya, biarpun kita cuba untuk menghindar, namun Tuhan lebih tahu atas perancanganya itu, harapan saya biarlah kesemua orang yang saya sayang tabah dalam menjalani kehidupan, insyaAllah, Tuhan sentiasa bersama orang benar. 201...
Sebenarnya cerita ni adalah sambungan dari tajuk sebelumnya, saya malas nak edit sebab..isyy macam lama sangat tarikh yg dulu dengan yg ni... tak sempat banyak kerja nak buat, tambah2 masa tu nak akhir cuti sekolah, semua persiapan untuk anak kembali ke sekolah mesti disiapkan. Tapi tu la memang fe'el kita semua kerja mesti last minute . Hari ni hari pertama persekolahan, anak2 yang lain tak pe la, anak nombor 4, Qayyum baru nak masuk kelas 1, hai.. dah besar2 anak ye... kita pun dah makin jadi veteran. Moga2 panjang umur lah, nak tengok jugak kejayaan anak2, insyaAllah. Anak2 sekarang tak macam kita dulu, semua excited nak pergi sekolah, sebab dah biasa ke tadika tak macam zaman 70an dulu... hari pertama tu la baru kenal sekolah. Tapi saya ingat zaman dulu seronok lah sekolah, tengok zaman sekarang saya sendiri rasa tension dengan corak pembelajaran yang agak lain dari dulu. Dulu-dulu korang nak tahu, kita masuk darjah 1, cikgu ajar tulis A penuh muka surat, kemudian B dan s...
Kita sekarang berada dipenghujung tahun 2010, usia makin bertambah, moga2 kehidupan jua berubah untuk lebih ke arah kebaikan. Barang2 keperluan persekolahan anak2 hampir 100% siap, begitu la kita ni suka buat kerja di saat2 akhir, pada hal semua keperluan tu kita boleh selesai awal2 lagi tapi dah jadi satu tabiat semuanya berebut pada saat2 akhir, baru ada thrill kut... Tahun 2011 ni, anak saya yang ke 4, Qayyum akan masuk tahun 1, dah besar anak mama, belajar baik2 sayang... yang sulung, Muhammad dlm tingkatan 2, macamana janji dengan mama nak hafaz 30 juzuk Al-Quran, insyaAllah kamu boleh lakukan. Anak perempuan mama, Aisyah, UPSR is coming... macamana ye!!! Cuba beri kebanggaan untuk mama & abah boleh tak??? Hadi dah tahun 4 anak mama ni, cuba ubah cara dan sikap ye... Bila melihat keadaan persekolahan sekarang, mesti teringat zaman2 kita sekolah dulu betul tak??? serupa tapi tak sama, berbeza segala2nya... baik dari segi cikgu ataupun pembelajaran. Terkenang masa masuk darja...