Posts

Catatan waktu terluang

Agak lama benar saya tak buka blog saya... entah kenapa rasa malas menempel dalam diri, mungkin keletihan dan kepenatan membataskan pemikiran, hey...tapi saya baru 44 thn. Saya ingat bila bila dah berhenti kerja, saya akan mempunyai masa senggang yang banyak, rupa2nya saya silap...kadang2 masa begitu cepat mengejar kita sehingga saya rasa seperti mahu tersungkur. Sekarang kita berada di bulan Oktober 2012, hampir ke penghujung tahun, apakan matlamat kita yg ingin digapai dan dicapai pd tahun ini telah berada di dalam pelukan..atau masih jauh dari jangkauan... tp sebagai insan kita sekadar dapat berusaha dan berdoa yg dapat menentukan hanya Allah swt, yakin dan teguhkan pegangan pada Ilahi, insyaAllah hidup kita tidak akan dibelenggu kekecewaan, namun sebagai manusia, senang bercakap melaksanakannya amat susah. Dari pengalaman, betul seperti kata Ustaz Azhar Idrus kadang2 kita seperti bertuhankan duit, ada duit kita jd semangat, bila duit kurang kita jd layu dan lesu, macam saya, se...
Saya nak sambung sikit jer cerita yang hari tu...sekarang ni saya dan suami sedang berikhtiar dlm mengubati penyakit suami saya itu, dah lima org ustaz kami temui disamping berusaha cara sendiri dengan solat hajat dan membaca Al-Ouran, insyaAllah, Allah tidak akan menghampakan doa dari hambaNya. Baru2 ni saya dah daftarkan anak sulung saya Muhammad untuk menunaikan umrah pada bulan 5 2012 ni, mudah2an termakbul doa dan hajatnya selama ini untuk mengunjungi Tanah Suci Mekah bersama neneknya, walaupun rancangan awalnya saya dan dia akan ke sana, tapi oleh kerana suami saya tak berapa sihat, saya terpaksa batalkan rancangan tu sebab suamipun agak keberatan. Moga2 impian kami berdua untuk menunaikan haji bersama akan terlaksana...eh mcmana nk pergi daftar haji pun belum. Aduii .... malas ler plak nak menaip ni...masa ni saya duduk sorang2 suami saya pergi ke Padang Perdana Kota Bharu ada solat hajat dan ceramah...politik ler apa lagi kan dekat nak mengundi..aper??? sokong parti maner??...

DUGAAN, MuSIbAh ataU uJiAn!!!!

Ingat lagi catatan2 saya yg terdahulu...saya memohon kpd Ilahi kebahagiaan hidup di dunia & akhirat, bahagia bersama keluarga, di jauhkan dari segala dugaan yg boleh menggugat ketenangan hati, ya..saya akui amat takut pada sebarang dugaan & ujian dari Allah, pdMU aku berlindung dan memohon pertolongan. Mungkin pembaca...hahaha.. perasan ada peminat, tak per lah sekurang2nya lepas jugak gatal tgn saya ni dpt mencurah isihati dan cerita, ye lah nak jadi novelis  tak kesampaian, cita2 ku terdampar dilautan sepi... ye mungkin pembaca tertanya2.. ape hal le plak si manjaisa tu... Gini citernya... sebulan nan lalu.. suami saya mengalami masalah tak boleh tidur, asal2nya dia jadi kembung perut, angin tak lepas, jadi pernafasan pun terganggu ler...dlm hati berkata..laki aku nak mati ker...ya Allah, lanjutkan usia suami ku, ye lah saya baru aje berhenti kerja, dah rasa seronok duduk kat rumah, almaklum suami bagi jugak gaji...Kami dah pergi ke 3 buah klinik, satu klinik tu memang ...

catatan yang terlewat

Melihat pada tajuk di atas mesti ada yang tertanya2 kenapa?? Betul catatan ni saya rasa terlewat..lewat utk mengucapkan tahun baru masihi 2012...sebabnya internet di rumah saya bermula 1 Januari 2012..jem..entah aper2, bil tak pernah tertunggak, nasib2 dah la hari tu hari pertama saya jadi surirumah sepenuh masa, ishh buntu fikiran. Tulisan ini saya tulis sementara nak tunggu ambil anak di Tadika Pasti pukul 12.00 tghari..kejap tadi baru selesai masak sup ayam..nasi lepas ni baru nak tanak..senanggg pakai periuk letrik, pakai petik2 jer...letih jugak sebenarnya duduk kat rumah ni, ingatkan boleh le tido...hampeh..bermula 5.45 pagi kena bangun utk siapkan anak sekolah... lepas tu masak utk tengahari, pukul 12.00 ambil anak ditadika..pukul 1.15 anak di sekolah rendah..2.30 anak di sekolah menengah..pukul 3.00 ptg bleh la rehat sikit, lelapkan mata 30 minit. mengantuknya....tido kejap..zzzzz

HArI-hArI TeRakhIR

Merupakan hari2 terakhir bekerja, menerbitkan rasa sayu, sedih, sebak dan berbagai2 perasaan yg timbul. Selama 21 tahun menghabiskan masa di syarikat ini yang sudah menjadi sebahagian dari hidup saya. Tetapi dalam membuat pilihan antara keluarga dan kerja, anak2 dan suami pasti menjadi keutamaan dan inilah jalan yang saya pilih, semoga kehidupan yang mendatang akan dipermudahkan urusannya oleh Ilahi.
Catatan saya buat semasa temankan suami sedang menyiapkan kerjanya. Anak-anak semua dah tidur sebab besok sekolah, selalu saya pesankan pada anak2 supaya tidur awal sesuai dengan usia mereka, bukan apa kalau tidur lewat kebarangkalian untuk rasa letih dan mengantuk untuk bangun pagi adalah 100%. Cuma semasa cuti sekolah arahan itu dilonggarkan sedikit tapi bangun pagi satu kemestian sekolah atau tidak sembahyang subuh tetap ada, saya latih mereka pada usia 7 tahun sembahyang mesti dimulakan, bukan apa melentur buluh biarlah dari rebung... Minggu depan 6hb. Nov. 2011 kita akan menyambut Hariraya Aidil Adha atau lebih senonim dengan sebutan Hariraya Haji. Ingat masa kecik2 dulu, dah namanya hariraya Haji mesti la untuk orang yang pergi haji aje kan. Sempena hariraya ni suami saya turut melakukan ibadah korban tapi atas niat akikah untuk anak bongsu, Hakim yang sorang ni saje yang belum akikah, lewat sikit dalam usia 5 tahun berbanding dengan anak2 yang lain masa umur 1 atau 2 tahun ka...
Hari 18/10/2011, saya rasa gembira sangat sebabnya saya dah buat keputusan yang nekad iaitu nak berhenti kerja, dah pun beritahu boss...lega sesangat...alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana bagi kekuatan pada saya untuk menyatakan hal ini pada boss. Mungkin org akan tanya tak sayang ke nak berhenti, engko dh kerja lama... lagi pun kalau engko berhenti tak de pencen, tak de pampasan almaklum swasta kecik... sayang memang sayang sebab dh 21 tahun bersama syarikat ni, tapi saya hanya ada satu pilihan... dan ini lah pilihannya. Anak2 saya terutama Qayyum seringkali menanyakan soalan yang sama.. bila mama nak cuti lama boleh ambik Qayyum dari sekolah. Mudah-mudahan Allah swt akan senantiasa mempermudahkan jalan hidup saya dan keluarga, sesungguhnya hanya padaMU kami berserah. Tahun 2012, anak perempuan tunggal saya, Aisyah akan ke Tingkatan 1, saya dan suami bercadang menghantarnya Sek. Agama Arab yang agak jauh sedikit dari rumah, waktu pagi memang la suami saya boleh hantar, masa balik...