Posts

catatan yang terlewat

Melihat pada tajuk di atas mesti ada yang tertanya2 kenapa?? Betul catatan ni saya rasa terlewat..lewat utk mengucapkan tahun baru masihi 2012...sebabnya internet di rumah saya bermula 1 Januari 2012..jem..entah aper2, bil tak pernah tertunggak, nasib2 dah la hari tu hari pertama saya jadi surirumah sepenuh masa, ishh buntu fikiran. Tulisan ini saya tulis sementara nak tunggu ambil anak di Tadika Pasti pukul 12.00 tghari..kejap tadi baru selesai masak sup ayam..nasi lepas ni baru nak tanak..senanggg pakai periuk letrik, pakai petik2 jer...letih jugak sebenarnya duduk kat rumah ni, ingatkan boleh le tido...hampeh..bermula 5.45 pagi kena bangun utk siapkan anak sekolah... lepas tu masak utk tengahari, pukul 12.00 ambil anak ditadika..pukul 1.15 anak di sekolah rendah..2.30 anak di sekolah menengah..pukul 3.00 ptg bleh la rehat sikit, lelapkan mata 30 minit. mengantuknya....tido kejap..zzzzz

HArI-hArI TeRakhIR

Merupakan hari2 terakhir bekerja, menerbitkan rasa sayu, sedih, sebak dan berbagai2 perasaan yg timbul. Selama 21 tahun menghabiskan masa di syarikat ini yang sudah menjadi sebahagian dari hidup saya. Tetapi dalam membuat pilihan antara keluarga dan kerja, anak2 dan suami pasti menjadi keutamaan dan inilah jalan yang saya pilih, semoga kehidupan yang mendatang akan dipermudahkan urusannya oleh Ilahi.
Catatan saya buat semasa temankan suami sedang menyiapkan kerjanya. Anak-anak semua dah tidur sebab besok sekolah, selalu saya pesankan pada anak2 supaya tidur awal sesuai dengan usia mereka, bukan apa kalau tidur lewat kebarangkalian untuk rasa letih dan mengantuk untuk bangun pagi adalah 100%. Cuma semasa cuti sekolah arahan itu dilonggarkan sedikit tapi bangun pagi satu kemestian sekolah atau tidak sembahyang subuh tetap ada, saya latih mereka pada usia 7 tahun sembahyang mesti dimulakan, bukan apa melentur buluh biarlah dari rebung... Minggu depan 6hb. Nov. 2011 kita akan menyambut Hariraya Aidil Adha atau lebih senonim dengan sebutan Hariraya Haji. Ingat masa kecik2 dulu, dah namanya hariraya Haji mesti la untuk orang yang pergi haji aje kan. Sempena hariraya ni suami saya turut melakukan ibadah korban tapi atas niat akikah untuk anak bongsu, Hakim yang sorang ni saje yang belum akikah, lewat sikit dalam usia 5 tahun berbanding dengan anak2 yang lain masa umur 1 atau 2 tahun ka...
Hari 18/10/2011, saya rasa gembira sangat sebabnya saya dah buat keputusan yang nekad iaitu nak berhenti kerja, dah pun beritahu boss...lega sesangat...alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana bagi kekuatan pada saya untuk menyatakan hal ini pada boss. Mungkin org akan tanya tak sayang ke nak berhenti, engko dh kerja lama... lagi pun kalau engko berhenti tak de pencen, tak de pampasan almaklum swasta kecik... sayang memang sayang sebab dh 21 tahun bersama syarikat ni, tapi saya hanya ada satu pilihan... dan ini lah pilihannya. Anak2 saya terutama Qayyum seringkali menanyakan soalan yang sama.. bila mama nak cuti lama boleh ambik Qayyum dari sekolah. Mudah-mudahan Allah swt akan senantiasa mempermudahkan jalan hidup saya dan keluarga, sesungguhnya hanya padaMU kami berserah. Tahun 2012, anak perempuan tunggal saya, Aisyah akan ke Tingkatan 1, saya dan suami bercadang menghantarnya Sek. Agama Arab yang agak jauh sedikit dari rumah, waktu pagi memang la suami saya boleh hantar, masa balik...

fACe BoOK

Saya sebenarnya dah lama nak cerita fasal buku wajah @ facebook ni. Saya percaya setiap dari kita ada akaun facebook, betulkan? Dari yang belum sekolah hingga yang bertaraf atuk dan nenek, tak percaya... betul, kalau yang berumur 45 dah ada cucu kan dah masuk golongan atuk dan nenek. Saya ada akaun facebook kalau tak silap tahun 2009, baru 3 tahun rakan2 saya baru ada dlm lingkungan 100 lebih yg tu termasuk anak2, suami dan adik-beradik serta saudara mara, kalau nak kira rakan2 yg sebenar berapa jer.. Sebenarnya kita patut bersyukur pada Allah swt kerana mengurniakan otak pada pengasas facebook ni, nama dia tak ingat le plak, kalau nama melayu mcm Abu ke Ali ke mudah le ingat..saper ye mark ke jullian dh tertukar ngan pengasas wikileak ni...sbb ngan adanya buku wajah, kita dapat bertemu dgn hampir kesemua rakan2 yang dah berpuluh tahun tak bertemu, alhamdulillah. Bagi saya, amat teruja sekali bertemu kawan2 masa kecil-kecil dulu, masa di sekolah rendah berbanding sekolah menengah, ken...
Bermula semalam 13hb. Sept. 2011, anak yang ke dua, Aisyah, menghadapi peperiksaan UPSR, entahlah.. saya pun tak mengharap apa2 keputusan yang terbaik dari anak2 sebab kita sebagai ibubapa pastinya mengenali kerenah, perangai, kelebihan dan kekurangan anak kita. Pun begitu saya tidaklah berserah pada takdir semata2 kerana doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal pastilah seiringan, namun sebagai ibu semestinya saya berkehendakkan yg terbaik dari mereka, tapi saya tidaklah terlalu menekan. Baru ni, anak yang sulung bagi tahu dia terlalu lemah dlm matematik, tak faham langsung katanya, mama nk buat macamana yer..cuti hujung tahun pegi tuisyen le, kalau tak pegi rumah Cik Ma, belajar dengan dia, Cik Ma tu kakak saya merupakan guru matematik..masa bulan puasa, Muhammad nk pegi le belajar dgn Cik Ma nya sbb sekolahnya cuti awal pd sekolah lain, saya tak benarkan, ye lah bulan puasa, org tu balik dari mengajar nk masak lagi, basuh kain.. lagi pun saya rasa susah le kalau Muhammad duduk kat ruma...

HARI-HARI TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN 1432H / 2011

Nampaknya hari ini masuk minggu2 terakhir di bulan penuh kemuliaan ini, sedih..sayu..pilu..bercampur baur dalam hati dan bermain di perasaan, ya Allah lanjutkan usiaku, suami, anak2 dan ibu2 kami untuk bertemu Ramadhan di tahun depan, kedua ayah kami telah kembali kerahmatullah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Sepuluh Ramadhan terakhir, sedang kita melaluinya sekarang, adakah kita antara hamba yg bertuah bertemu dengan malam lailatul qadar, malam penuh keberkatan ini, insyaAllah mudah2an. Suami saya mula beriktikaf di masjid, mengikuti qiamulail yang di adakan di masjid, semoga berkat dan rahmat dari Ilahi turun kepada kami ya Allah. Muhammad, anak yang sulung...tidur berlapikkan toto semata2 nak bangun sembahyang malam, alhamdulillah, dlm usia 14 tahun sudah ada kesedaran itu, mama doakan yang terbaik untuk anak2 semua. Ya Allah,  di kesempatan yang masih ada ada ini, saya memohon yang terbaik untuk diri sendiri, suami, anak2..Muhammad, Aisyah, Hadi, Qayyum da...