Posts

2010 dlm kenangan, 2011 menggamit cabaran...

Sesungguhnya 2010 byk meninggal kenangan pahit manis dlm kehidupan kita semua, yg manis pasti terlekat disanubari, begitu jua yg pahit jadikan panduan utk terus menghadapi cabaran dan dugaan. Namun begitu serahkan diri pada Allah swt setelah kita berusaha. Bagi saya tiada yg pahit terjadi dlm hidup saya, tapi berita sedih, adik saya telah bercerai dgn isterinya, saya tak sedih mereka bercerai tapi saya sedih andainya hubungan saya dgn anak saudara yang dua orang tu akan menjadi renggang, jgn begitu ye Akilah dan Asilah, makcik sentiasa menyayangi korang berdua... Begitu juga dgn kawan sepejabat saya yg boleh saya umpamakan seperti kakak saya, juga telah bercerai setelah mengharungi badai rumahtangga selama hampir 20 tahun. Begitulah ketentuan Tuhan ke atas makhluknya, biarpun kita cuba untuk menghindar, namun Tuhan lebih tahu atas perancanganya itu, harapan saya biarlah kesemua orang yang saya sayang tabah dalam menjalani kehidupan, insyaAllah, Tuhan sentiasa bersama orang benar. 201...
Sebenarnya cerita ni adalah sambungan dari tajuk sebelumnya, saya malas nak edit sebab..isyy macam lama sangat tarikh yg dulu dengan yg ni... tak sempat banyak kerja nak buat, tambah2 masa tu nak akhir cuti sekolah, semua persiapan untuk anak kembali ke sekolah mesti disiapkan. Tapi tu la memang fe'el kita semua kerja mesti last minute . Hari ni hari pertama persekolahan, anak2 yang lain tak pe la, anak nombor 4, Qayyum baru nak masuk kelas 1, hai.. dah besar2 anak ye... kita pun dah makin jadi veteran. Moga2 panjang umur lah, nak tengok jugak kejayaan anak2, insyaAllah. Anak2 sekarang tak macam kita dulu, semua excited nak pergi sekolah, sebab dah biasa ke tadika tak macam zaman 70an dulu... hari pertama tu la baru kenal sekolah. Tapi saya ingat zaman dulu seronok lah sekolah, tengok zaman sekarang saya sendiri rasa tension dengan corak pembelajaran yang agak lain dari dulu. Dulu-dulu korang nak tahu, kita masuk darjah 1, cikgu ajar tulis A penuh muka surat, kemudian B dan s...
Kita sekarang berada dipenghujung tahun 2010, usia makin bertambah, moga2 kehidupan jua berubah untuk lebih ke arah kebaikan. Barang2 keperluan persekolahan anak2 hampir 100% siap, begitu la kita ni suka buat kerja di saat2 akhir, pada hal semua keperluan tu kita boleh selesai awal2 lagi tapi dah jadi satu tabiat semuanya berebut pada saat2 akhir, baru ada thrill kut... Tahun 2011 ni, anak saya yang ke 4, Qayyum akan masuk tahun 1, dah besar anak mama, belajar baik2 sayang... yang sulung, Muhammad dlm tingkatan 2, macamana janji dengan mama nak hafaz 30 juzuk Al-Quran, insyaAllah kamu boleh lakukan. Anak perempuan mama, Aisyah, UPSR is coming... macamana ye!!! Cuba beri kebanggaan untuk mama & abah boleh tak??? Hadi dah tahun 4 anak mama ni, cuba ubah cara dan sikap ye... Bila melihat keadaan persekolahan sekarang, mesti teringat zaman2 kita sekolah dulu betul tak??? serupa tapi tak sama, berbeza segala2nya... baik dari segi cikgu ataupun pembelajaran. Terkenang masa masuk darja...

BoRINGnYA DUDUK seOrAng

Apa tajuk yang nak saya buat untuk entri ni, taip citer dulu tajuk kemudian, boleh la kan. Sekarang ni saya di pejabat, curi2 buka blog, sambil intai2 takut boss sampai.. dosa tak saya buat macam tu, bukan apa nak buat catatan kat rumah kadang2 tak sempat, nak masak, basuh kain aduii macam-macam sampai rasa dah habis tenaga. Hari ni result PMR keluar, tapi saya tak de anak yang ambil periksa tu, anak saudara, anak kengkawan ada la, macamana result mereka sat lagi saya nak telefon. Bercakap pasal periksa ni, kadang2 bila kita hantar anak ke sekolah, mesti kita pesan pada anak2, belajar rajin2, jadi orang pandai lepas tu dapat kerja bagus gaji besar dan fokus kita bila anak nak periksa, mesti target atau skor banyak 'A', saya nak tanya betul ke matlamat kita macam tu... adakah banyak 'A' akan menentukan jatuh bangun atau kejayaan anak kita.. betul ke??? Apakah apa yang kita buat tidak bersandar pada kuasa Allah, memang Tuhan akan berikan atas apa yang kita usahakan, tapi...

Catatan yang tak dirancang

Dah berapa hari tak menjengah blog saya, agak sibuk, letih, mangantuk dan macam-macam la.. maklum umur dah masuk 40 an, memang macam tu agaknya. Nak kata anak ramai tak jugak baru 5 org, tapi melayan kerenah macam lebih 10 orang, berbagai ragam dan perangai dlm sorang ada 4,5 ragam kalau dh 5 tak ke jadi 20 ragam, pening2... Perjalanan sehari-hari bermula pukul 5.30 pagi, kecuali hujung minggu, pukul 6.00 pagi. Bangun aje tidur kesat2 mata, terus ke peti sejuk...jeng..jeng bukan ambil aiskrim, ambik ikan @ ayam beku, nak masak untuk anak yang tinggal sebab saya ni kerja 'huduh-huduh' kata orang kelantan. 6.30 pagi kena kejutkan anak2, bangun-bangun... sembahyang subuh, kalau tak selimut tukar jadi kulit babi, 'celudar' semua bangun, tau takut selimut bertukar rupa... tapi ingat anak2, sembahyang itu tiang agama, jika tiang buruk dan runtuh, kalau patah timpa atas kita tak ke sakit, silap2 haribulan patah tengkuk, alamatnya ke alam kubur lah kita akan disoal mungkar dan...

Kahwin lari VS Orang Tua Tak Suka @ Restu..

Mula2 nak tanya sikit, sape yang dolu2 tu pernah kawin lari, angkat tangan!!! Apakah korang sekarang bahagia atau derita... ape sebab korang kawin lari... fulamak macam kaunselor pencen je.. Tajuk kat atas tak de kena-mengena ngan saya, tapi mungkin ada kena ngan orang lain. Tapi gitu lah artikel ni bukan ada apa2, cuma nak ingatkan diri sendiri sebab kita ada anak, yg akan jadi remaja, satu masa yang penuh dengan warna-warni dan pancaroba. Kita dah lalui semua itu, jadikan segala kita pernah lalui jadikan panduan untuk didik anak2 beserta dengan doa pada Allah swt. Disini saya nak lakarkan satu cerita, aduii bila diingat2 kenapa la jadi ke adik ipar saya, kesian kat dia, dah la nak jumpa yang di berkenan susah sgt, bila dah jumpa, bila hati dah suka dah cinta kenapa ibubapa yg perempuan tak suka pulak, dulu suka lepas tu tak suka, hish... macam biskut aje ni, ape ke hey nya..Adakah sebab dia bukan majistret, doktor atau kerja gomen maka cintanya dihalang??? Adik ip...

CaTaTan CUti AwAL MuHARRam

7/12/2010 = 1 Muharram 1432H, tahun baru bagi umat Islam, kita digalakkan membaca doa akhir dan awal tahun, tapi ingat anak-anakku, doa saja tak jadi, kita mesti doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Semoga tahun baru hijrah ini membawa kebaikan untuk kita semua, tingkat dan gandakan amal ibadat dan hidup mendapat keredhaan Ilahi. Tapi itulah kadang2 kita bercakap sedap aje bunyi, nak laksanakan susah jugak, kena ada kekuatan fizikal dan mental jugak tu, yang mesti diingat apa yang Tuhan fardhukan atas kita adalah kewajipan utk kita laksanakan, betul tak, tak buat berdosa, kalau buat dapat pahala, sape tak mahu weh....hidup kita bukan di dunia sahaja, dunia adalah jambatan menuju akhirat, yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Untuk anak2 mama, Muhammad, semoga harapan nak hafaz 30 juz Al-Quran tercapai, hai.. boleh ke tu, cuti sekolah, buku dan Quran pun sama cuti ke?? Aisyah, UPSR tahun depan macamana ye, ada harapan genggam banyak A tak, teringin jugak anak mama macam anak org lain, A...